Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen SUKUM
From Wednesday 08 August 2018 -  08:00am
To Saturday 18 August 2018 - 05:00pm
Hits : 167
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DSC_0435 (Large).JPG

Satu majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang akan bertanding pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2018 telah berlangsung pada 7 Ogos 2018 bertempat di Central Teaching Facilities (CTF) 2, UNIMAS. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Prof Datuk Dr. Mohamad Kadim Bin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS.

Seramai 35 atlet akan mewakili UNIMAS dalam kejohanan tersebut. Terdapat empat acara yang melibatkan atlet UNIMAS iaitu sukan olahraga, berbasikal, memanah dan tenpin boling. Antara amanat yang telah disampaikan oleh YBhg Naib Canselor kepada semua atlet ialah agar kontinjen pada kali ini dapat mencapai sasaran 13 pingat emas selain mampu untuk memperbaharui rekod-rekod kejohanan.

Pada majlis tersebut juga, atlet yang akan bertanding turut melafazkan ikrar mereka. Lafaz ikrar tersebut yang menunjukkan kesungguhan dan keazaman para atlet untuk mengharumkan nama UNIMAS telah diketuai oleh Encik Hardy Suntol dan diikuti oleh semua atlet lain.

Dalam majlis tersebut, YBhg Naib Canselor telah menyerahkan bendera UNIMAS kepada Pendaftar, Encik Henry Tening Ak Sengeng selaku ketua kontinjen.

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo