Events Calendar

Download as iCal file
Larian obor APMG di UNIMAS
Monday 25 June 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1594
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Obor4.jpg

Obor1Obor2

obor3obor5

KOTA SAMARAHAN, 25 Jun 2018 : Lebih 50 orang penunggang motosikal yang membawa obor untuk Larian Obor Asia Pacific Master Games (APMG) 2018 sampai ke Dataran Canselori Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), hari ini.

Larian obor APMG merupakan anjuran Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) dengan mengambil masa selama 99 hari sejauh 3,908 km melibatkan seluruh negeri di Malaysia dan berakhir di Pulau Pinang pada 8 September akan datang.

Dalam acara hari ini, obor berkenaan telah diarak bermula dari Jambatan Batang Sadong, Samarahan oleh lebih 50 orang pelari dan diserahkan kepada 50 orang penunggang basikal di Asajaya Town Square.

Seterusnya, obor berkenaan diarak oleh penunggang berbasikal sejauh 30 km ke Samarahan New Bridge dan diserahkan kepada 50 penunggang motosikal yang akhirnya tamat di Dataran UNIMAS.

Di UNIMAS, sambutan untuk larian obor berkenaan turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan kebudayaan dan majlis penanaman lima batang pokok Bucida Molinati (Pokok Doa) di pesisir jalan berhadapan DeTAR UNIMAS.

Antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis ini ialah Walikota Majlis Perbandaran Kota Samarahan, YBhg Dato’ Peter Minos, Pengarah Jabatan Khidmat Kemasyarakatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Puan Rashidah Jalahudin dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman.

APMG 2018 adalah julung kali diadakan di Malaysia iaitu di Pulau Pinang bermula 7 hingga 15 September depan dengan penyertaan lebih 10,000 atlet dan pegawai dari 100 buah negara dalam 21 acara sukan yang dipertandingkan antaranya bola sepak, badminton, skuasy, tenis, pingpong, memanah dan lain-lain.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo