Events Calendar

Download as iCal file
PROGRAM BUBUR LAMBUK HEPA 2018 SEMARAKKAN SEMANGAT BEKERJASAMA WARGA HEPA
From Wednesday 06 June 2018 -  08:00am
To Monday 11 June 2018 - 05:00pm
Hits : 1283
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
BUBUR LAMBUK 1.jpg

Program Bubur Lambuk HEPA 2018 merupakan acara tradisi warga HEPA apabila menjelang bulan Ramadhan. Pada tahun ini Program Bubur Lambuk HEPA 2018 telah diadakan pada 5 Jun 2018 (Selasa)bertempat di Laman Nona, Bangunan HEP. Program ini telah melibatkan 19 Pusat dan Unit yang bernaung di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni UNIMAS. Seawal pukul 8.30 pagi, kerja-kerja memasak dan persiapan program telah dilakukan oleh watga HEPA secara bergotong-royong. 

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor HEPA yang turut disaksikan oleh Ketua-Ketua Jabatan di bawah naungan HEPA serta warga HEPA yang hadir. Seterusnya Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman mengacau bubur lambuk sebagai simbolik perasmian. 

Sebanyak 1500 paket bubur lambuk telah diagihkan dalam kalangan warga HEPA dan kenderaan yang melalui hadapan bangunan HEPA yang turut diagihkan oleh Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman sendiri.

Acara sampingan adalah Pertandingan Mencipta Kad Raya yang telah dimenangi oleh Pusat Kesihatan UNIMAS (Johan), Kolej Kenanga (Naib Johan) dan Pusat Pembangunan Pelajar (Tempat Ke-3). Sebanyak 10 cabutan bertuah juga ditawarkan kepada warga HEPA yang bertuah.

Semoga semangat kerjasama berpasukan dan silaturrahim dalam kalangan warga HEPA akan berterusan dalam apa juaga program yang akan dianjurkan nanti. 

 

Unit Latihan & Media

Pusat Sukan UNIMAS

 
Attachment(s):
 
 
Demo