Events Calendar

Download as iCal file
Nyikap Diri Ngiga Pengawa Training Project (Community Service Program), Saratok anjuran MSc.HRD Kohort Februari 2017
From Monday 28 May 2018 -  08:00am
To Friday 08 June 2018 - 05:00pm
Hits : 1439
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Msc HRd_Saratok.jpg

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Nyikap Diri Ngiga Pengawa Training Project (Community Service Program), Saratok anjuran MSc.HRD Kohort Februari 2017

UNIMAS News

MSc HRD Saratok2

 

MSc HRd Saratok3

 

Saratok, Sarawak: 11 Mei 2018

Sekumpulan pelajar program Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) telah menganjurkan program latihan Nyikap Diri Ngiga Pengawa kepada warga belia di sekitar daerah Saratok pada 11 Mei 2018 yang lepas bertempat di Perpustakaan Awam Saratok. Program latihan selama satu (1) hari ini yang merupakan aktiviti bersifat community service adalah merupakan salah satu keperluan kursus KMS6033 Design of Training Program yang perlu dipenuhi oleh setiap pelajar program Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) untuk bergraduat sekaligus memberikan ruang dan platform kepada para pelajar berkenaan untuk menawarkan dan berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran bersama komuniti.

 

 

Encik Helmi Sumilan dan Cik Victoria Jonathan daripada Program Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) yang juga merupakan pensyarah kursus KMS6033 sekaligus merangkap penasihat program latihan berkenaan turut hadir bagi memantau perjalanan program. Objektif utama program latihan Nyikap Diri Ngiga Pengawa berkenaan adalah untuk memberikan pendedahan dan persiapan awal khususnya kepada warga belia dari sekitar daerah Saratok bagi menghadapi alam pekerjaan. Program berbentuk finishing school ini mengandungi pelbagai modul telah dirangka dan dilaksanakan sepanjang program berkenaan diadakan termasuklah ice-breaking, penulisan surat permohonan kerja dan resume, sesi grooming, teknik menghadapi temuduga serta beberapa aktiviti team-building yang berkaitan. Turut hadir semasa majlis penutupan program adalah wakil daripada Pejabat Daerah Saratok, Majlis Daerah Saratok serta beberapa wakil Ketua Kaum daripada rumah panjang dan kawasan perumahan yang berdekatan. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Dr Amalia Madihie, Timbalan Dekan (Keterlibatan Industri, Komuniti dan Pengkomersilan), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo