Events Calendar

Download as iCal file
Kunjungan hormat LPU ke atas TYT Negeri Sarawak
From Monday 21 May 2018 -  04:00pm
To Tuesday 22 May 2018 - 05:00pm
Hits : 1192
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
41346187255_8ca767c242_o (1).jpg

KOTA SAMARAHAN, 21 Mei 2018 : Rombongan Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini telah melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak Jaya, pagi tadi.

Rombongan tersebut telah diketuai oleh Pengerusi LPU yang baharu, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie.


Turut hadir sama ialah Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Mohd Fadzil bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Dr Wan Hashim bin Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS, Profesor Dr Hj Fasihuddin bin Badruddin Ahmad, Pengarah UNIMAS Global, Tuan Hj Azlan Bin Ramli dan Pegawai Khas Naib Canselor, Mohd Husaini Noorjaya Chew.

Kunjungan tersebut dilakukan bertujuan untuk memperkenalkan Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie sebagai Pengarah LPU yang baharu berkuat kuasa 1 Mei 2018.

Perlantikan Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjaraie bagi menggantikan Datu Dr Hatta Solhi yang telah menerajui LPU selama lapan tahun.

 
Attachment(s):
 
 
Demo