Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Serah Tugas Mantan Pengerusi kepada Pengerusi lembaga Pengarah UNIMAS yang baharu
Monday 30 April 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 578
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
penyerahan tugas LPU 1.jpeg

KOTA SAMARAHAN, 30 April 2018 : YBhg. Datu Dr Hatta bin Solhi, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS (LPU) hari ini menyerahkan tugasnya kepada Pengerusi LPU yang baharu YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie.  Datu Dr Hatta telah menyandang tugas Pengerusi LPU selama lebih lapan (8) tahun. Sebelum ini beliau pernah memegang beberapa jawatan yang tinggi dalam sektor kerajaan seperti Timbalan Pengerusi, Yayasan Sarawak, Timbalan Pengarah di Pejabat Ketua Menteri Sarawak dan sebagai Pengarah di Malaysian Centre for Development Studies di Pejabat Perdana Menteri Cawangan Sarawak. Sejak penglibatan beliau pada tahun 2010, pelbagai kejayaan dan sumbangan telah dicapai oleh UNIMAS. Antaranya adalah memperoleh autonomi yang membolehkan universiti membuat keputusan dan merancang pembangunan secara lebih holistik.

Turut diraikan adalah kehadiran Pengerusi LPU baharu, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie yang bakal mengendong jawatan Pengerusi untuk tempoh dua (2) tahun akan datang. Beliau, telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mulai 01 Mei 2018 hingga 30 April 2021. Tan Sri pernah berkhidmat dan memegang jawatan sebagai Director of Civic Development Unit di bawah Pejabat Ketua Menteri Sarawak (1974), General Manager Sarawak Timber Industry Development Coorperation (1979-1980), General Manager Bintulu Development Authority (1983), High Court Judge of Malaysia Johor (Jun 2000) dan di Sabah (Julai 2000), Judge of the High Appeal of Malaysia (2007-2012), Judge of the Federal Court of Malaysia (2012). Beliau juga merupakan a Bencher of the prestigious Honorable Society of the Inner Temple, London. Eminent person to serve in the Judicial Appointments Comission, Director of Sona Petroleum Berhad dan Ho Hup Construction Company Berhad.

Majlis ini turut menyaksikan penyerahan nota serah tugas daripada mantan Pengerusi kepada Pengerusi baharu. Selain itu, Pemeriksaan Kawalan Kuater Polis Bantuan dan Tabik Hormat turut mengiringi upacara perarakan mantan Pengerusi keluar dewan. Di akhir majlis, Naib Canselor UNIMAS juga menyampaikan sesi taklimat kepada Pengerusi baharu berhubung mengenai pengurusan universiti.

penyerahan tugas lpu2

penyerahan tugas lpu4

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo