Events Calendar

Download as iCal file
Transformasi ilmu melalui kaedah pengajaran berasaskan cabaran
Wednesday 18 April 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1696
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ceramah di calm.jpg

sujak interview

KOTA SAMARAHAN, 18 Mei 2018 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melalui Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif telah berjaya melahirkan para graduan yang kreatif dan Inovatif dalam menghasilkan rekaan yang bersifat praktikal melalui proses kerja yang realistik mengikut kehendak industri dan tren semasa.

Menyedari kepentingan untuk melahirkan pelajar yang bersifat holistik,sesi Pembelajaran Berasaskan Cabaran telah diadakan dengan menjemput Timbalan Dekan Prasiswazah, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Prof Madya Dr Musdi Bin Haji Shanat untuk berkongsi pengalaman beliau berhubung kaedah pengajaran di dalam siri Program Latihan kepada kakitangan Akademik: Pengajaran tanpa syarahan baru-baru ini bertempat Pusat Latihan CALM di Fakulti Sains Komputer danTeknologi Maklumat, UNIMAS.

Menurut Dr Musdi, melalui kaedah ini, elemen pembelajaran abad ke-21 yang bersifat kolaboratif dan menyelesaikan pemasalahan cabaran dunia nyata dipraktiskan secara menyeluruh antaranya para pelajar diajukan dengan pelbagai soalan yang bersifat kritis, meneroka dan mencetuskan idea secara perancangan strategik, menyesuaikan penyelesaian sesuatu perkara berdasarkan amalan semasa dan pembelajaran sepanjang hayat serta memperkukuhkan maklumat agar ianya bersifat pemilikan (ownership) dan unik (personalization).

Antara kursus yang diajar oleh Dr Musdi seperti seni reka perindustrian lanjutan 1 yang merupakan kaedah ini secara total dan beliau berjaya berkolabarasi bersama PUSAKA dan iCREATE untuk kursus sama.

Selain itu, sebagai pembelajaran buat pelajar untuk berfikir dan melahirkan idea yang kreatif, pelajar juga diberi satu tugasan mereka-bentuk sebuah perabot berdasarkan kepada nilai kekayaan sumber semulajadi dan budaya Negeri Sarawak.

Melalui kelas ini, pereka perabot luar juga dijemput   dimana maklumat tambahan seperti gelagat pengguna dan reka bentuk bagi kelestarian dan tanggungjawab sosial dikongsi dan maklumat seperti ini tidak dapat diperolehi melalui pembacaan buku teks.

Malahan, aktiviti seperti sesi kritik dan sesi perbincangan bersama rakan sekelas juga dilakukan bagi menjana konsep rekaan yang lebih menarik.

 
Attachment(s):
 
 
Demo