Events Calendar

Download as iCal file
"BAYU UNIMAS raih Anugerah Gambang Mustika"
Thursday 15 February 2018
Hits : 1704
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Bayu UNIMAS.jpeg

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah melakar kecemerlangan dalam bidang kesenian dan kebudayaan setelah berjaya meraih dan membawa pulang tiga anugerah utama dalam Majlis Anugerah Seni anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) baru-baru ini. Anugerah Kesenian MAKUM tersebut telah berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak pada 20 Januari 2018 yang lalu. Pengiktirafan Anugerah MAKUM ini dinilai berdasarkan kepada bukti pencapaian kejayaan dan kecemerlangan sesebuah universiti-universiti Malaysia dalam pertandingan dan festival yang dianjurkan di peringkat MAKUM sepanjang tahun 2017. Pada majlis tersebut, UNIMAS telah menerima Anugerah Kategori Bonang Emas (kategori lelaki) yang telah dimenangi oleh Hisyammudin Bin Maseri pelajar dari program PHD Civil Engineering (Hydrology), manakala (kategori wanita) dimenangi oleh Kupa Anak Rimong pelajar dari program Degree Plant Science & Management, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Selain itu, Anugerah Gambang Mustika (Persatuan Seni Terbaik) pula telah dianugerahkan kepada Badan Budaya UNIMAS (BAYU) dan diwakili oleh Nicholas Anak Alfred Drim, selaku presiden BAYU pelajar dari Fakulti Kejuruteraan. Kejayaan yang diperoleh pada malam tersebut menjadi satu titik tolak kepada pelajar-pelajar lain agar lebih aktif dan bersemangat tinggi demi meraih lebih banyak lagi anugerah pada masa akan datang untuk UNIMAS. Majlis penyampaian anugerah itu telah disempurnakan oleh Pengerusi MAKUM sesi 2016-2017, Prof Dr Md. Amin Bin M. Taff, Timbalan NAib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Turut hadir pada majlis gilang gemilang tersebut ialah YBhg Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, YBhg Tan Sri Norliza Binti Rosli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

 
Attachment(s):
 
 
Demo