Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS RAIH 1 EMAS DAN 2 GANGSA SUKAN SUKIPT 2018
From Wednesday 14 February 2018 -  08:00am
To Wednesday 14 March 2018 - 05:00pm
Hits : 2851
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
IMG-20180204-WA0202.jpg

SUKAN SUKIPT 2018 (UKM, BANGI)

Kontinjen UNIMAS telah berjaya meraih 1 emas dan 2 gangsa dalam Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) edisi ke-4 yang diadakan pada 2-10 Februari 2018 bertempat di UKM, Bangi. Pingat emas telah dimenangi dalam sukan Boling Padang acara Women Pairs hasil gandingan mantap Nur Fithri Yaani Hamdin (FSS) 60055 dan Nabilah Nani (FEP) 50163. Mereka telah berjaya mengalahkan lawan daripada UPM dengan keputusan UNIMAS (9) UPM (4) di Komplek Sukan Lawn Bowls, Seremban 2. Manakala pingat gangsa pertama diperolehi melalui sukan tenis acara Perseorangan Wanita yang telah dimenangi oleh Cecelia Lai Yan Fei (K) 54529 yang telah tewas di peringkat Separuh Akhir. Pada edisi SUKIPT 2016 beliau telah mendapat pingat perak. Gangsa kedua UNIMAS adlah melalui sukan Boling Padang , tempat ke-3 Keseluruhan hasil gandingan pemain-pemain boling padang yang terdiri daripada Nur Fithri Yaani Hamdin (FSS) 60055, Nabilah Nani (FEP) 50163, Audrey Judi (FEP) 54508, Nur Hafisah Wan Md Yahya (FEP) 53183, Lim Zhen Yi (FEP) 52340 dan Diyana Abdul Hakim (FSS) 54572. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan Kontinjen UNIMAS . IMG 20180212 WA0018IMG 20180209 WA0045 1IMG 20180209 WA0070

 
Attachment(s):
 
 
Demo