Events Calendar

Download as iCal file
Pelajar seni bina sahut cabaran reka idea guna sumber hutan
Friday 05 January 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 4251
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2018-01-05 at 09.28.00.jpeg

WhatsApp Image 2018 01 05 at 09.27.56 1WhatsApp Image 2018 01 05 at 09.27.57

WhatsApp Image 2018 01 05 at 09.27.58WhatsApp Image 2018 01 05 at 09.27.59

WhatsApp Image 2018 01 05 at 09.28.00 1WhatsApp Image 2018 01 05 at 09.28.01

KOTA SAMARAHAN, 5 Januari 2018 :  Dua puluh pelajar yang juga merupakan kohort pertama pelajar Program Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan UNIMAS menyahut cabaran untuk menghasilkan rekaan mengikut kreativiti masing-masing menggunakan sumber hutan seperti buluh dan rotan.

Pelajar-pelajar tersebut diberi peluang untuk mencipta rekaan menggunakan dua sumber hutan itu termasuk tali pengikat di dua buah lokasi iaitu sepanjang jalan masuk hadapan Universiti dan ‘Student Pavillion’.

Ia merupakan tugasan akhir pelajar secara individu untuk subjek  ‘Design Studio 1’  yang mewajibkan pelajar mempamerkan kreativiti mereka bertemakan atau berkaitan ‘functional forest sculpture’.

Menurut Nurul Janah Hajimee, tugasan seperti itu membuka peluang kepada beliau dan rakan-rakan menunjukkan idea menerusi rekaan masing-masing.

“ Ia satu tugasan yang mencabar tetapi menarik dan menguji kesabaran serta membuka minda kita untuk lebih kreatif dalam penghasilan sesuatu rekaan” katanya.

Manakala bagi Nur Aqilah Huda Che Ibrahim, meskipun tugasan secara individu, tetapi beliau berbangga kerana sentiasa mendapat bantuan dan sokongan dari rakan-rakan.

“ Kami sentiasa saling membantu untuk memastikan rekaan yang dicipta secara individu dapat dibina dengan baik dan sempurna,” katanya.

Bagi Timothy ak Andy pula meskipun program ini masih baharu di UNIMAS namun cara pengajaran dan pembelajaran para pengajar amat berkesan dan menarik dengan tugasan akhir  ‘functional forest sculpture’ itu umpama mengasah bakat dan kematangan para pelajar.

Tambah beliau, dengan adanya tugasan seperti itu, diharap dapat menarik lebih ramai pelajar menyertai program berkenaan pada masa hadapan.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo