Events Calendar

Download as iCal file
Luahan karya seni menerusi IDEAS 2017
Friday 29 December 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 562
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
IMG-20171223-WA0038.jpg

IMG 20171223 WA0035IMG 20171223 WA0039

IMG 20171222 193014 948IMG 20171223 WA0036

 

KOTA SAMARAHAN, 29 Disember 2017 : Pelajar Tahun Dua Fakulti Seni dan Gunaan Kreatif (FSGK) UNIMAS menunjukkan kreativiti dalam karya seni menerusi Pameran IDEAS 2017 bertempat di Dewan Kristal, Bangunan Hal Ehwal Pelajar UNIMAS, bermula  22 Disember dan berakhir 30 Disember 2017.

Jika tahun sebelum ini penyertaan bagi pameran seni ini dikhususkan kepada pelajar seni halus, namun tahun ini berbeza dengan penyertaan dibuka kepada pelajar FSGK dan tema yang dipilih ialah inspirasi dan eksplorasi akhir semester.

Timbalan Dekan FSGK (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dr. Yakup Mohd Rafee dalam majlis perasmian baru-baru ini memberitahu penganjuran pameran IDEAS dilihat sebagai penghubung dan peluang terbaik kepada pelajar untuk mengekspresikan idea dan kreativiti mereka sepanjang mereka bergelar pelajar di Universiti ini.

Beliau menjelaskan lagi pameran sebegini bukan sahaja sebagai batu loncatan kepada pelajar Tahun Dua FSGK untuk mengetengahkan karya kepada umum tetapi juga sebagai persediaan untuk menyertai pameran CIPTA yang menjadi kemestian penganjurannya sepanjang tahun.

Sementara itu, setiap hasil karya yang diketengahkan dan dizahirkan oleh pelajar dalam pameran ini diperoleh atau diinsiprasikan dari lawatan akademik mereka antaranya lawatan ke Hospital Sentosa Kuching, Nanga Sumpa, Batang Ai dan Taman Negara Bako National.

Menurut pengarah program, Mohd Nurhalim, setiap idea yang diperoleh oleh pelajar dari setiap lawatan mereka telah dizahirkan sebaiknya dalam setiap karya mereka.

Beliau berharap agar untuk pengajuran IDEA yang akan datang, pengurusan yang yang lebih baik dapat diteruskan seperti yang ada kini dan dengan IDEA ini mampu menjadi inisiatif untuk pelajar dalam berkongsi pengalaman kepada umum.

Artikel oleh : Alwin bin Lawrence

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo