Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS hasilkan produk penutup mayat yang pertama di Malaysia
From Friday 08 December 2017
To Monday 11 December 2017
Hits : 3118
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
dbpro1.jpg

dbpro220171207 161635

KOTA SAMARAHAN, 8 Disember 2017 : Bertitik tolak dengan satu kemalangan maut yang disaksikan pada tahun 2009 menzahirkan idea untuk membuat produk penutup mayat atau  dipanggil ‘ Dead Body-Protector’(DBPRO) oleh pensyarah UNIMAS dan rakan-rakan.

DBPRO’ merupakan idea kreatif dari  Pensyarah Kanan, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS, Profesor Madya Dr. Saiful Bahari Mohd Yusoff (UNIMAS) bersama rakan beliau,  Nur Shaiful Husni Zulkifli (UNIMAS) dan Puan Zalina Ibrahim (UiTM Sarawak).

PM Dr. Saiful  ketika ditemui selepas pelancaran produk berkenaan dalam majlis Program Persekitaran dan Keselamatan 2017 petang tadi memberitahu DBPRO dicipta sebagai satu produk yang boleh menutup mayat semasa kemalangan berlaku tanpa mendedahkan dan melindungi mayat dari pandangan awam.

“ Ia satu cara untuk kita menghormati mangsa kemalangan maut supaya mayat yang terbaring di jalan raya tidak didedahkan kepada pandangan awam menggunakan benda-benda lain seperti suratkhabar, kertas, kain dan sebagainya.


“ DBPRO diperbuat daripada kertas kotak yang mudah dilipat, ringkas, ringan, mudah pengendalian, mesra alam sekitar, dapat dikitar semula dan berlainan saiz tubuh.

Menurut PM Dr Saiful, DBPRO merupakan produk yang pertama seumpama itu di Malaysia dan ia berharap produk berkenaan dapat dikomersialkan bukan sahaja diperingkat nasional tetapi juga antarabangsa.

“ DBPRO amat sesuai untuk digunakan oleh pihak berwajib seperti PDRM, Unit Forencik, Bomba dan lain-lain. Produk ini berkonsepkan origami dan mudah disimpan dalam kereta paling kecil serta amat sesuai untuk mayat yang terdedah di tempat kejadian, di tepi jalan mahupun di lokasi jenayah,” katanya lagi.


Sementara itu, DBPRO telah dilamar oleh JSMAT Development & Construction Sdn. Bhd. pada 17 Mei 2017 untuk dikomersialkan dengan nilai pemberian lesen untuk mengeluarkan DBPRO bernilai RM20,000 kepada UNIMAS.

DBPRO telah dipatenkan oleh UNIMAS dan mempunyai cap dagangan serta berjaya memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Jaringan Industri di Malaysia dan Pingat Perak di Seoul International Invention Fair 2014 (SIIF 2014) di Korea Selatan.

Pelancaran produk DBPRO petang tadi di DeTAR PUTRA telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pembanguan Bandar & Sumber Asli II, Menteri Pembangunan  Perindustrian dan Usahawan Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan.

Dalam majlis tersebut, Datuk Amar Haji Awang Tengah turut menyampaikan sejumlah 350 unit DBPRO kepada sembilan agensi terpilih iaitu PDRM Kontigen Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Tentera Darat Malaysia, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Ketua-Ketua Masyarakat Samarahan, Persatuan Teksi Bumiputera Bahagian Kuching, Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).


Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo