Events Calendar

Download as iCal file
Karya “ Astral Bandung’ kini di UNIMAS
Thursday 07 December 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 594
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
astral2.jpg

astral3astral4

astral1astarl5

 

KOTA SAMARAHAN, 7 Disember 2017 : Tiga puluh empat (34) karya berkisarkan persekitaran di Bandung, Indonesia, dibuat oleh pelajar seni panduan, Program Seni Halus, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS  mula dipertontonkan kepada orang ramai menerusi pameran seni yang bertemakan‘ Astral Bandung’ bermula kelmarin sehingga 14 Disember ini di Galeri FSGK UNIMAS.

Pameran seni tersebut merupakan sentuhan para pelajar tahun akhir untuk pengkhususan seni panduan dan hasil dari lawatan akademik bagi kursus GKV3174 seminar dan bengkel pelukis tamu di Bandung, Indonesia pada 30 Oktober hingga 4 November lepas.

Antara karya seni yang dipamerkan seperti lukisan catan, video dan seni digital, arca, installasi dan fotografi, penyelidikan dan sebagainya dengan melibatkan 33 orang pelajar dan seorang pensyarah.

Pameran karya seni pelajar ini bertujuan untuk mempersembahkan idea dan kefahaman pelajar tentang persekitaran di Bandung, Indonesia di beberapa lokasi seperti di Galeri Selasar Sunaryo, Taman Arca NuArt, Muzium Geologikal Bandung, Institusi Teknologi Bandung (ITB) dan kawah Putih Ciwidey.

 Antara aktiviti sepanjang pameran ‘ Astral Bandung’ diadakan seperti ‘ Art Talk’, mewarna batik, aktiviti doodle dan sebagainya.

Hadir merasmikan pameran seni  tersebut ialah Penyelaras Program, Encik Faizuan Mat dan dihadiri oleh Pensyarah-pensyarah FSGK, wakil penaja pameran dan para pelajar UNIMAS.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo