Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan kerja TYT Pulau Pinang ke UNIMAS
Tuesday 17 October 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2316
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
tyt4.jpg

 

tyt1tyt2

 

tyt3tyt5

Kota Samarahan, 17 Oktober 2017 : Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.

TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Abdul Rahman telah mendengar taklimat ringkas dari Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi  dan mengadakan lawatan ke Muzium Anatomi di, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS.

Dalam lawatan kerja sama, TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Abdul Rahman telah melakukan majlis menanam anak pokok ‘ Bucida Variegata Red’ di tepi tasik UNIMAS.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan santapan tengahari di bilik Nilam, DeTAR PUTRA UNIMAS.

Lawatan kerja tersebut turut disertai oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Datu Dr Hatta Solhi, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan UNIMAS, Pengarah-pengarah UNIMAS, Pegawai-pegawai UNIMAS dan agensi-agensi kerajaan lain.

 
Attachment(s):
 
 
Demo