Events Calendar

Download as iCal file
Hari keluarga eratkan kerjasama warga UNIMAS
Monday 09 October 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 151
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
familyday_249_20171006_TYCO7330.jpg

koga2koga3

koga4koga6

koga7koga8

koga9koga10

koga11koga12

koga13

 

KOTA SAMARAHAN, 9 Oktober 2017 : Hari Keluarga UNIMAS 2017 yang diadakan pada Sabtu lepas di Stadium UNIMAS membawa kenangan manis kepada warga UNIMAS dan keluarga masing-masing.

Saat-saat seperti itu, berkumpul dengan keluarga dan sahabat-handai dalam satu majlis rekreasi dan sukan sudah pasti menjadi satu peluang yang tidak akan dilepaskan begitu sahaja dan buktinya, seawal jam 6.30 pagi, sudah ramai warga UNIMAS membanjiri stadium UNIMAS bersama dengan keluarga.

Hari Keluarga UNIMAS  yang bertemakan ‘ Teguh Bersama’ telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Datu Dr Haji Hatta Solhi.

Turut hadir pada hari tersebut ialah Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Haji Suaidi, Timbalan Naib Canselor, Pengarah-Pengarah, Dekan-Dekan dan Pegawai-Pegawai UNIMAS.

Hari keluarga UNIMAS dimulakan dengan pendaftaran peserta (warga UNIMAS dan keluarga) pada jam 7.00 pagi disusuli dengan senamrobik beramai-ramai di Stadium UNIMAS dan ucapan aluan dari Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Mohamad Kadim Suaidi.

Dalam ucapan ringkas, Naib Canselor menyatakan tujuan utama hari keluarga diadakan adalah sebagai penghubung silaturahim, menyemarakkan semangat kerjasama, kerja berpasukan dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan warga Universiti ini.

“ Hari keluarga ini juga bersempena dengan ulang-tahun ke-25 UNIMAS dan saya berharap agar kesepaduan dan kerjasama antara warga UNIMAS tetap utuh terjalin selamanya,” katanya lagi.

Sejurus ucapan Naib Canselor, gimik perasmian disempurnakan oleh Datu Dr Haji Hatta Solhi menandakan acara sukan padang dan acara sukan air dimulakan di dua lokasi iaitu di stadium dan tasik UNIMAS.

Antara aktiviti yang semasa Hari keluarga UNIMAS 2017 seperti lari dalam guni berganti-ganti, kayak, long boat, baling selipar, 4x100 berganti-ganti halangan, I Love You, lari kepit gelembong, aktiviti mewarna, isi air dalam botol, cari gula batu dalam tepung, lumba lari, lastik getah, congkak dan batu seremban.

Hari keluarga UNIMAS tahun ini merupakan anjuran bersama Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU), Persatuan Akademik UNIMAS (PPAU) dan Kesatuan Kakitangan Am UNIMAS (KESAUMAS).

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo