Events Calendar

Download as iCal file
Program Sehati Sejiwa CAIS rapatkan hubungan
Friday 29 September 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2576
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
CAIS1.png

Cais2cais3

 

KOTA SAMARAHAN, 29 September 2017 : Sepuluh buah sekolah sekitar Kuching, Samarahan dan Serian menerima sumbangan buku dari Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA), UNIMAS dalam majlis program Penghayatan Sehati Sejiwa CAIS pagi tadi.

Program yang julung kali diadakan itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Dr Kopli bin Bujang di Auditorium Pusat Khidmat Maklumat Akademik.

Antara sekolah yang menerima sumbangan buku tersebut iaitu SK Tabuan Kuching, SK Bako Kuching, SK Paon/Temaga Lundu, SK Semada Serian, SMK Taee Serian, SK Empila Kota Samarahan, SK St Martin Kota Samarahan, SK Muara Tuang Kota Samarahan, SMK Muara Tuang Kota Samarahan dan SMK Hajah Laila Taib Asajaya.

Dalam ucapan, Profesor Kopli berharap program sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia memberi kebaikan bukan sahaja kepada UNIMAS tetapi juga para pelajar sekolah.

“ Perpaduan tidak memberi erti sekiranya jiwa individu dalam sesebuah masyarakat itu kosong dan tidak berilmu. Individu yang berilmu berupaya menilai dalam merancang serta melaksana apa jua program dengan berhikmah.

“ Sehubungan itu,  usaha Perpustakaan UNIMAS atau PKMA, dalam usaha untuk memartabatkan ilmu bersama-sama masyarakat sekitar di peringkat sekolah adalah satu usaha murni demi memastikan penghayatan kebersamaan dalam sebuah negara yang merdeka dapat digarap seawal mungkin,” sambung beliau.

Sambil tidak menafikan peranan  perpustakaan di peringkat institusi pengajian tinggi dan sekolah dalam perkembangan ilmu pembaca, Profesor Kopli menambah, perpustakaan juga menyediakan koleksi khazanah sumber ilmu mengenai tokoh perjuangan kemerdekaan dan pemimpin yang lepas dan kini.

Beliau berkata, perpustakaan juga menyediakan akses kepada maklumat malah mendedahkan pengguna kepada teknologi baharu dalam pengaksesan maklumat dan membantu dalam memastikan kesaksamaan capaian dalam pendidikan. 

Kepelbagaian fungsi perpustakaan secara tidak langsung turut memupuk penghayatan sehati sejiwa di kalangan pengguna PKMA.  PKMA bukan sahaja menarik minat pengguna dengan kepelbagaian sumber ilmu yang ada untuk pembelajaran mereka malah PKMA juga merupakan tempat para pelajar dari pelbagai latar belakang berkumpul untuk mengadakan perbincangan sesama mereka,” katanya.

Antara objektif penganjuran program adalah untuk mempromosi khazanah sumber ilmu berkaitan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia. Penganjuran Program ini juga diharapkan dapat menanam semangat jiwa merdeka di kalangan warga UNIMAS dan juga mengetengahkan tokoh-tokoh dan peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada pembentukan negara yang kita cintai ini.

Dalam majlis tersebut turut diadakan deklamasi sajak kemerdekaan oleh Pegawai Khidmat Pelanggan PKMA, Cik Junaidah Ameng, persembahan Choral Speaking daripada pelajar SK BAKO, pameran koleksi Treaties, Kemerdekaan Tanah Melayu dan Sarawak serta pameran koleksi buku 1Malaysia yang terdapat di PKMA.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo