Events Calendar

Download as iCal file
Pasukan Kayak UNIMAS Ungguli Acara Kayak 40km Safari Rakit Padawan 2017
Monday 25 September 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1529
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1506124590507.jpg

23 September 2017 (Sabtu) - Pasukan Kayak UNIMAS telah mengungguli acara Kayak 40km sempena Safari Rakit Padawan 2017 pada 23 September 2017 (Sabtu) untuk tahun ke-11 berturut-turut sejak acara kayak dipertandingkan pada tahun 2007. Sebanyak 13 pasukan  telah menyertai acara ini yang bermula dari Kampung Annah Rais dan tamat di Kampung Git, Daerah Padawan . Pasukan Kayak UNIMAS telah menghantar 3 pasukan terdiri daripada 1 pasukan staf dan 2 pasukan pelajar (atlet kayak UNIMAS). Berikut adalah keputusan acara kayak 40km Safari Rakit Padawan 2017 :

Johan : Pasukan Eco Adventure Team (UNIMAS) -Hardy bin Suntol (Pusat Sukan) & Mahadir Hassan (Pejabat Pembangunan) catatan masa 3 jam 57 minit

Naib Johan :Pasukan UNIMAS Junior (A) - Patrick Ann Bilong (FSGK) & S. Jasrey Max Suil (FSTS) Catatan masa 4 jam 8 minit

Tempat Ke-3 : Pasukan UNIMAS Junior (B) - Giri anak Jamar (FK) & Ahmad Nazri B Zainal Mohktar (FSS) catatan masa 4jam 21 minit

Johan telah menerima hadiah wang tunai RM1000, Piala, Pingat & Sijil Penyertaan, Naib Johan menerima wang tunai RM700, Piala, Pingat & Sijil Penyertaan manakala Tempat Ke-3 menerima wang tunai RM500, Piala, pingat dan Sijil Penyertaan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Kayak UNIMAS yang telah mengharumkan nama universiti. 

 
Attachment(s):
 
 
Demo