Events Calendar

Download as iCal file
Hadiah buat UNIMAS : Tersenarai dalam MBR
Thursday 21 September 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2805
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
cpr4.jpg

cpr1cpr2

cpr3cpr5

KOTA SAMARAHAN, 21 September 2017 :  Hadiah buat UNIMAS sempena sambutan Ulangtahun Ke-25 atau Jubli Perak UNIMAS apabila berjaya tersenarai di dalam ‘ The Malaysia Book of Records’ (MBR) bagi penyertaan paling ramai latihanCardiopulmonary Resuscitation’ (CPR) kelmarin.

Bersandarkan kepada kejayaan mengumpul 8188 orang peserta, UNIMAS menerusi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah menyingkirkan senarai awal pemegang rekod program sama di Pulau Pinang yang dilakukan pada dua tahun lepas.

Program Mass CPR  dilakukan kelmarin bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam itu disaksikan sendiri oleh Wartawan Penyelidikan Kanan MBR, Cik Nurasyikin Ramli, yang seterusnya mengumumkan tentang kejayaan itu sebaik sahaja tamat program berkenaan.

Seterusnya, Cik Nurasyikin menyerahkan plak MBR kepada Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi sambil disaksikan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Penyelidikan Sains dan Bioteknologi), Dr Haji Annuar bin Rapaee.

Profesor Datuk Mohamad Kadim dalam sidang akhbar malam tadi menyatakan rasa penghargaan dan bangga beliau kepada semua warga UNIMAS dan agensi-agensi mahupun individu perseorangan yang membantu dan menyokong program tersebut.

Beliau berkata, kejayaan UNIMAS ini membuktikan kesungguhan Universiti untuk membantu dengan apa cara sekalipun dalam memberi pendidikan dan pengetahuan kepada masyarakat secara keseluruhan.

“ Ia adalah komitmen kita di Universiti untuk menyalurkan pengetahuan kepada masyarakat bagi kebaikan bersama dan ia untuk meningkatkan visibiliti Universiti ini di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Program Mass CPR merupakan anjuran FPSK UNIMAS bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kesihatan sekaligus memberi asas pengetahuan tentang cara-cara CPR kepada mangsa sementara menunggu bantuan perubatan tiba di lokasi kejadian.

Dalam program Mass CPR ini, setiap peserta terlebih dahulu menonton tayangan mini syarahan tentang CPR dan selepas itu melakukan sesi pratikal CPR menggunakan patung manekin mengikut langkah-langkah latihan CPR terkini dari Persatuan Jantung Amerika iaitu melibatkan 30 kali tekanan atau kompresi ke dada dan dua kali bantuan pernafasan mulut ke mulut.

Artikel dan foto oleh : Sarena Haidir

 
Attachment(s):
 
 
Demo