Events Calendar

Download as iCal file
CREN UNIMAS, KETTHA : Kerjasama realisasikan kemampanan teknologi hijau
Wednesday 06 September 2017, 01:00am
Hits : 2882
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
tenaga_74_20170905_TYCO8576.jpg

tenaga 17 20170905 TYCO8511

KOTA SAMARAHAN, 6 September 2017 : Kerjasama yang terjalin di antara Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KETTHA) dan Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui (CREN), UNIMAS telah membantu penduduk-penduduk di sebahagian kawasan terpencil menikmati kemudahan elektrik melalui perlaksanaan sistem hidro mikro di sungai-sungai yang berpotensi tinggi dan sesuai untuk pembangunan sistem berkenaan.

Menteri Utiliti Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi anak Utom berkata, malahan sistem tenaga solar juga merupakan sumber tenaga yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tenaga alternatif di negeri Sarawak, terutamanya di kawasan yang air yang sesuai untuk sistem hidro mikro.


Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Sarawak, Dato Ir Alice Jawan pada Majlis Perasmian Seminar Tenaga Boleh Diperbaharui di sebuah hotel terkemuka di Kuching, pagi tadi.

Dalam ucapan tersebut, Dato Sri Dr Stephen Rundi berkata pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara pada 24 Julai 2009 membuktikan kesungguhan pihak kerajaan dalam menetapkan teknologi hijau sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hub serantau teknologi hijau.

Beliau menambah, Rancangan Malaysia yang ke-11 juga menggariskan penggunaan tenaga daripada sumber-sumber yang boleh diperbaharui sebagai salah satu langkah penjimatan dan pengurangan kadar penggunaan tenaga yang terhasil daripada sumber asli.

Sasaran teknologi hijau juga menggalakkan sektor-sektor yang terlibat untuk bekerjasama dan bergiat dengan aktif dalam mencari penyelesaian ke arah kelestarian tenaga dan mempromosikan kepentingan kecekapan tenaga kepada masyarakat umum.

Sebagai contoh, kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta, serta penyelidik-penyelidik daripada institusi pengajian daripada dalam dan luar negara mampu menggerakkan Malaysia ke arah kemampanan teknologi hijau dengan lebih berkesan,” katanya lagi.

Dato Sri Dr Stephen Rundi berharap seminar yang diadakan itu dapat menarik lebih ramai pihak untuk turut serta dalam merealisasikan Sarawak sebagai negeri teknologi hijau dari segi menyumbang ilmu, kepakaran, teknologi baru dan sumber kewangan bagi membantu anak-anak Sarawak di kawasan terpencil dalam mendapatkan kemudahan elektrik agar mereka berpeluang menikmati pembelajaran sebagaimana kanak-kanak di kawasan yang lain.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS. Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata UNIMAS amat berbesar hati di atas amanah yang telah diberikan selaras dengan visi Universiti sebagai peneraju di dalam bidang penyelidikan dan pendidikan tenaga yang boleh diperbaharui.

Beliau berkata, UNIMAS dan CREN telah diamanahkan di dalam beberapa projek komuniti di kawasan yang tiada bekalan elektrik sejak penubuhannya pada tahun 2008 dengan misi utama CREN adalah untuk mewujudkan persekitaran penyelidikan yang pelbagai dan kondusif di kalangan penyelidik dengan cara memfokuskan kepada bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), pengkomersilan teknologi yang boleh diperbaharui serta mencari penyelesaian bagi isu yang berasaskan komuniti dan alam sekitar.

Pihak CREN telah berjaya memperolehi beberapa geran penyelidikan dan pembangunan bagi projek yang berasaskan teknologi hijau. Salah satu projek yang dianugerahkan adalah Projek "Green Energy Island", bagi mengenalpasti kawasan luar bandar yang berpotensi bagi pembangunan sistem hidro mikro yang boleh dimampankan.

Daripada 200 kawasan yang telah dikenalpasti, 10 kawasan telah disenarai pendek untuk kajian 'feasibility study' dan hasilnya hanya 3 kawasan yang berpotensi tinggi dibangunkan, iaitu Lio Mato, Kpg Assum dan Punan Trusan,” sambung beliau dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Ibrahim dalam majlis yang sama.

Penganjuran Seminar Tenaga Boleh Diperbaharui ini merupakan seminar kedua yang diadakan selepas kejayaan bengkel sistem hidro mikro yang telah diadakan di Miri pada 12- 13 Julai yang lalu.

Tujuan utama perlaksanaan seminar ini adalah bagi mendidik masyarakat mengenai kepentingan dan potensi perlaksanaa tenaga boleh diperbaharui bagi mencapai sasaran teknologi hijau di Sarawak dengan penyertaan peserta kali ini lebih kurang 200 orang peserta.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo