Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS menterai MoU bersama CCIG
Monday 28 August 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1738
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2017-08-28 at 11.56.53.jpeg

WhatsApp Image 2017 08 28 at 11.56.49

Kota Samarahan, 28 Ogos 2017: UNIMAS telah menyempurnakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Creative Content Industry Guild (CCIG) Malaysia bertempat di Rumah Universiti, UNIMAS pagi tadi.

Majlis menandatangani MoU tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kopli Bujang mewakili Naib Canselor UNIMAS, bersama-sama dengan Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Profesor Madya Dr Wan Jamarul Wan Abdullah Thani.

Manakala di pihak CCIG pula diwakili oleh Pengerusinya, Dato’ Jurey Latiff dan Ahli Majlis CCIG Malaysia, Dato’ Azmir Mutalib.

Dalam ucapan Naib Canselor yang dibacakan oleh Profesor Kopli memberitahu kerjasama dua hala bersama dapat membentuk satu jaringan strategik yang bukan sahaja membentuk satu kerjasama formal universiti dan industri malah membuka laluan kepada banyak kebaikan bagi kedua-dua pihak.

Beliau menambah, kerjasama strategik yang terjalin dengan industri dalam pembentukan penyelidikan yang relevan kepada keperluan industri akan meningkatkan keboleh-pasaran graduan daripada universiti.

Malah, ia akan memberi kepentingan bukan sahaja kepada kedua-dua pihak bahkan masyarakat amnya menerusi latihan dan penyelidikan berkaitan dengan industri kandungan kreatif.

“ Hanya menerusi jalinan kerjasama yang utuh akan memastikan kelestarian kedua-dua entiti pada zaman yang kompetitif ini. Oleh itu, UNIMAS dan CCIG, dalam konteks ini, memainkan peranan yang amat signifikan dalam usaha percambahan ilmu dan pengetahuan menerusi kerjasama yang diharapkan dapat membawa mafaat kepada kedua-dua pihak mahupun komuniti kandungan kreatif di Malaysia,” sambungnya.

Menurut Naib Canselor, FSGK UNIMAS merupakan antara institusi pengajian tinggi yang menawarkan program-program bidang kandungan kreatif merangkumi filem, animasi, muzik dan seni digital maka wajarlah dijayakan kerjasama ini.

Kata beliau, dengan pementeraian persefahaman di antara UNIMAS dan CCIG ini maka dapatlah dilaksanakan usaha sama yang bermanfaat melalui penganjuran program latihan sepanjang hayat dalam kalangan ahli CCIG, staf akademik dan pelajar UNIMAS mahupun aktiviti-aktiviti pembangunan industri kandungan kreatif di kalangan masyarakat setempat.

“ Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, jaringan hubungan di antara universiti dan industri adalah bertunjangkan konsep hubungan simbiotik di antara kedua-dua entiti. Justeru itu keperluan dua organisasi yang berbeza di dalam suatu hubungan amat diperlukan. Kepentingan universiti juga telah diiktiraf sebagai elemen strategik dalam pembangunan ekonomi melalui kerjasama strategik bersama industri samaada pada peringkat kebangsaan, serantau mahupun antarabangsa,” katanya lagi.
Sementara itu, perjanjian diantara kedua – dua pihak meliputi penyelidikan, program akademik, latihan, aktiviti komuniti dan bidang lain yang akan dibincangkan dan dipersetujui pada masa akan datang.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Zaki b. Julaihi

 
Attachment(s):
 
 
Demo