Events Calendar

Download as iCal file
Jalur Gemilang bangkit semangat patriotik warga UNIMAS
Wednesday 23 August 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1712
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2017-08-23 at 11.41.33.jpeg

WhatsApp Image 2017 08 23 at 11.41.33WhatsApp Image 2017 08 23 at 11.41.37

KOTA SAMARAHAN, 23 Ogos 2017 : Lebih 200 Jalur Gemilang diedarkan kepada warga UNIMAS bagi menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Pengedaran Jalur Gemilang itu telah dilakukan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi di hadapan pintu keluar Universiti kepada warga UNIMAS selepas tamat waktu bekerja petang kelmarin.

Turut sama mengedarkan Jalur Gemilang ialah Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Pendaftar UNIMAS, Encik Henry Tening ak Sengeng dan Pengarah UNIMAS Global, Profesor Madya Abang Ekhsan Abang Othman.

Selain itu, Jalur Gemilang turut dikibarkan di beberapa bahagian, fakulti dan pusat yang terdapat di UNIMAS sebagai usaha untuk membangkitkan semangat cintakan negara dalam kalangan warga UNIMAS.

 

Artikel oleh : Sarena bt Haidir

Foto oleh :    Zaki b. Julaihi

 
Attachment(s):
 
 
Demo