Events Calendar

Download as iCal file
Kunjungan hormat Pengurusan Tertinggi UNIMAS ke atas TYT Negeri Sarawak
Thursday 17 August 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2317
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
canselor1.png

canselor2

KUCHING, 17 Ogos 2017 : Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi mengetuai rombongan Pengurusan Tertinggi UNIMAS dalam kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bertempat di Astana Negeri, Petra Jaya, pagi tadi.

Dalam kunjungan tersebut, pihak UNIMAS menyerahkan Watikah Pelantikan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg sebagai Pro-Canselor UNIMAS yang baharu.

Watikah ini telah mendapat persetujuan dan seterusnya ditandatangi oleh Tun Taib selaku Canselor UNIMAS.

Pada masa yang sama, pihak rombongan turut menjemput Tun Taib menyempurnakan Penyampaian Ijazah bagi Sidang Pertama di Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-21 yang akan diadakan mulai 6 hingga 9 November akan datang.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Profesor Dr Kopli Bujang, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Pendaftar, Encik Henry Tening Sengeng, Pengarah UNIMAS Global, Profesor Madya Abang Ekhsan Abang Othman dan Pegawai Khas Naib Canselor, Mohd Husaini Noorjaya Chew.

 
Attachment(s):
 
 
Demo