Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS bantu N8 Satok menerusi pengisian ICT
From Sunday 16 July 2017 -  10:00am
To Monday 17 July 2017 - 05:00pm
Hits : 395
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ramah tamah2.png

ramah tamah1

KOTA SAMARAHAN, 16 Julai 2017 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mementerai perjanjian bersama Ketua Masyarakat dan Ketua N8 Satok menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan pengisian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kawasan Satok, malam tadi.

Majlis menandatangani MoU tersebut telah dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Dr Kopli Bujang mewakili Naib Canselor UNIMAS, sambil disaksikan oleh Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIMAS, Profesor Madya Dr Johari Abdullah, manakala Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum N8 Satok diwakili oleh Pemanca Daerah Kuching, Tuan Haji Rosli Sahari dan disaksikan oleh Residen Bahagian Kuching, Tuan Haji Shukarmin Haji Chasemon.

Kerjasama tersebut merupakan lanjutan kerjasama/sinergi dari kedua-dua pihak melalui projek ‘service learning’ yang telah dilaksanakan pada September 2016.

Hadir menyaksikan perjanjian bersejarah itu ialah Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datu Dr Hatta Solhi dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak, Encik Dirwana Azool.

Majlis tersebut diadakan semasa Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Gabungan kawasan Rukun Tetangga (KRT) N8 Satok yang dihadiri lebih 5,000 orang masyarakat setempat dan ahli-ahli parti.

 Dalam ucapan, Ketua Menteri berbangga dengan inisiatif UNIMAS dalam membantu masyarakat tempatan dan ketua-ketua masyarakat untuk mengumpul maklumat di kawasan masing-masing.

Katanya, beliau amat berbangga kerana N8 Satok menjadi lokasi pertama yang akan mempunyai pengisian ICT seumpama itu di negeri ini.

“ Ini kerana, Satok berada di tengah bandar raya Kuching dan tumpuan bukan sahaja kepada penduduk tempatan tetapi juga pendatang asing yang datang ke sini.

“ Dengan adanya pengisian ICT sebegini, ketua-ketua kampung mendapat maklumat terperinci tentang penduduk setempat dan pendatang asing di kawasan ini,” katanya lagi.

Antara bidang kerjasama yang dicapai dalam MoU ini termasuk ‘service learning’, budaya dan warisan, peluang perniagaan, pembangunan kemahiran, pembangunan belia, projek komuniti latihan, penyelidikan dan penerbitan.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo