Events Calendar

Download as iCal file
Siap siaga jaga keselamatan kampus
Thursday 22 June 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 6197
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
polis Pix.jpg

KOTA SAMARAHAN, 22 Jun 2017 : Pasukan Polis Bantuan Bahagian Keselamatan UNIMAS bersiap-siaga dengan tugas masing-masing untuk mengawal keselamatan di dalam kampus Universiti ini sempena dengan cuti panjang untuk sambutan Hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Anggota-anggota yang bertugas semasa cuti Hari Raya Aidilfiti akan melaksanakan tugas-tugas rondaan, kawalan dan pemantauan yang terperinci serta diarah melaporkan sebarang insiden atau kegiatan yang mencurigakan mengikut SOP yang sedia ada.

Malahan, jika perlu,  anggota-anggota dinasihat untuk mendapatkan bantuan dari agensi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia untuk mendapatkan bantuan teknikal sekiranya berlaku kecemasan.

Sehubungan itu, sebelum bercuti semua warga kampus diingatkan supaya bersama-sama bertanggungjawab terhadap kawasan persekitaran dan tempat bertugas masing-masing agar memastikan keadaan sentiasa aman dan selamat.

Pastikan juga semua bangunan, pejabat, bilik stor, pintu, tingkap  ditutup dan dikunci dengan selamat.

Sistem keselamatan fizikal seperti CCTV, kad akses, penggera kebakaran dan lain-lain peralatan keselamatan telah diselenggara agar dapat berfungsi dengan baik semasa menggunakannya.

 
Attachment(s):
 
 
Demo