Events Calendar

Download as iCal file
Sumbangan MASNITA kepada Pelajar UNIMAS dan Balu Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438H
From Wednesday 14 June 2017 -  08:00am
To Saturday 24 June 2017 - 05:00pm
Hits : 1664
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
TYCO6353_3.jpg

Sumbangan MASNITA kepada Pelajar UNIMAS dan Balu Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438H

 

Kota Samarahan, 13 Jun 2017 – Seramai 30 orang pelajar dan lima orang balu staf UNIMAS telah menerima sumbangan Ramadhan anjuran Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) dalam majlis yang disempurnakan oleh YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim bin Suadi, Naib Canselor UNIMAS dan isteri Datin Kartini Ahmad yang juga selaku Yang Dipertua MASNITA.  

Majlis yang berlangsung di Auditorium PKMA UNIMAS tersebut juga turut dihadiri oleh YBhg Prof Mohd Fadzil Abd.Rahman dan beberapa AJK MASNITA yang lain.

Penyampaian Sumbangan Ramadhan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik dalam menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri dan nanti. Program tahunan ini juga merupakan salah satu aktiviti sempena sambutan 25 tahun UNIMAS. Harapan MASNITA ialah supaya penubuhan Persatuan MASNITA ini dapat dirasai kewujudannya oleh masyarakat setempat disamping mendedahkan ahli kepada aktiviti khidmat masyarakat.

TYCO6353 3

 

TYCO6295 2

 

TYCO6209 2

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo