Events Calendar

Download as iCal file
Kempen disleksia dapat sambutan baik
Thursday 18 May 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 448
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
dis4.png

dis1dis2Dis3

 

KOTA SAMARAHAN, 18 Mei 2017 : Kempen Know Dyslexia, “turn doubts into hope” telah dianjurkan oleh pelajar Tahun 3 Program Kajian Komunikasi dengan kerjasama Persatuan Disleksia Sarawak yang bermula dari 22 Mac 2017 sehingga 14 Mei 2017.

Terdapat tiga agenda utama yang diketengahkan melalui kempen Know Dyslexia iaitu meningkatkan kesedaran komuniti dan warga UNIMAS khasnya, mengenai disleksia, memberi gambaran yang jelas tentang masalah pembelajaran mengenai disleksia dan mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Persatuan Disleksia Sarawak.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen diadakan seperti perasmian program tayangan amal, filem Taare Zameen Par, sesi perkongsian bersama Mr. Chuah Kee Man yang merupakan pensyarah UNIMAS, mempromosikan larian amal Run for Dyslexia, lawatan ke Persatuan Disleksia Sarawak serta larian amal Run for Dyslexia.

Kempen ini berjaya mengumpul sebanyak RM5,000 dengan majlis penyerahan replika cek telah diserahkan kepada bendahari Persatuan Disleksia Sarawak iaitu, Encik Richard Sia Chun Huat selepas selesai sahaja larian amal ini.

Kempen Know Dyslexia ini mendapat tajaan utama daripada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) serta pelbagai syarikat yang lain seperti ULTRON.co, Purejuice, CLOUD-99, KFC, Rev Run, Fat Old Man Running (FOMR), INDOCAFE, LEE MING PRESS SDN BHD, JOHN’S Pie, Vico, MASTERPIECE Die Cut Sdn Bhd, Aqua Verano dan AYAM BRAND.

Kempen Know Dyslexia berlangsung selama hampir dua bulan ini telah mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai pihak iaitu para pelajar UNIMAS sendiri, barisan pengajar UNIMAS serta orang awam.

Melalui kempen ini, ia secara tidak langsung dapat menjadi batu locatan untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang isu disleksia ini secara amnya.

 
Attachment(s):
 
 

Back

Demo