Events Calendar

Download as iCal file
Pakar Perubatan UNIMAS turun padang bantu penduduk Cambodia
Thursday 11 May 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3522
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
21c0d63a-47a9-4703-8935-bb3b890bb9ec.jpg

cambodia2

 

KOTA SAMARAHAN, 11 Mei 2017 : Bersempena dengan ulangtahun ke-25 UNIMAS, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS yang diketuai oleh Encik Michael Wong, ahli Lembaga Pengarah UNIMAS bersama dengan enam pakar perubatan telah melakukan program Outreach Kesihatan Komuniti yang julung kalinya di Cambodia  bermula 9 hingga 14 Mei 2017.

Program tersebut juga selari dengan fokus strategik ke-3 UNIMAS iaitu ke arah iaitu ke arah Visibiliti Global.

 

Antara pasukan petugas yang melakukan program tersebut ialah

Encik Michael Wong Sing Lung – ahli Lembaga Pengarah UNIMAS

Prof Dr Ahmad Hata Rasit – Dekan dan Pakar Bedah Otopedik

Prof Dr Kamarudin Kana – Pakar Perubatan Keluarga

Prof Dr Mohammad Zulkarnean Ahmad Narihan – Pakar Patologi

Prof Dr Lim Lik Thai – Pakar Opthalmologi

Dr Ehfa Bujang Safawi – Pakar Bedah Palstik

Dr Nariman Hama Singmamae – Pakar Perubatan Kecemasan

Mohamad Haimey Abdul Razak – Jurufoto

Pemilihan Cambodia berdasarkan keperluan kesihatan penduduk di sana yang berpendapatan rendah dengan penduduk seramai 15.9 juta dan 80 % hidup di luar bandar.

Negara ini dan penduduknya telah mengalami perang saudara dan pembunuhan beramai-ramai dalam tahun 1970an yang telah   memusnahkan kemudahan asas dan sumber tenaga terlatih.

Cabaran besar kesihatan terutamanya di luar bandar adalah kekurangan sumber air minuman bersih, kemudahan tandas dan  kekurangan doktor dan jururawat perbidanan.

Ini mengakibatkan penyebaran penyakit cirit-birit, peningkatan kadar kematian bayi dan ibu mengandung.

Doktor merupakan hanya 14% daripada anggota kesihatan yang seramai 15,900 orang dan kebanyakannya merupakan bukan doktor pakar.

Nisbah doktor kepada penduduk adalah 0.17 : 1,000. Satu pertiga daripada penduduk berumur antara 0 - 14 tahun dan satu perempat daripada kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun adalah kekurangan berat.

Antara aktiviti yang telah dan bakal dilakukan sepanjang program di sana ialah Klinik mata bergerak  iaitu saringan mata untuk warga tua seramai 1,000 orang dan pengagihan 300 cermin mata di Chroy Changvar District dan Koh Thom A Commune, Kandal Province.

Turut diadakan adalah lawatan rasmi ke atas Pengarah Urusan Jabatan Pendidikan Tinggi dan Universiti Sains Kesihatan di Phnom Penh, ceramah pendidikan kesihatan dan pengagihan kit promosi kesihatan di sekolah rendah di Chroy Changvar District dan Koh Thom A Commune, Kandal Province.

Pasukan dari UNIMAS ini juga akan mengagihkan soft toys untuk kanak-kanak miskin di Chroy Changvar District dan Koh Thom A Commune, Kandal Province dan mengagihkan 600 bungkusan makanan Ramadhan  di masjid Chroy Changvar District dan masjid Kandal Province.

Pasukan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua staf UNIMAS, orang perseorangan dan syarikat yang telah menghulurkan sumbangan dan derma.

Penghargaan tidak terhingga kepada Professor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS dan H.E. Penn Sovicheat, Director General Domestic Trade, Ministry of Commence, Cambodia yang banyak memberi sokongan.

Semoga program ini berjaya dan membawa manfaat kepada penduduk Cambodia.

 
Attachment(s):
 
 
Demo