Events Calendar

Download as iCal file
Pelajar UNIMAS jayakan kursus di Kpg Muara Tuang
Monday 27 February 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1219
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
anak angkat1.png

Kota Samarahan, 27 Februari 2017 : – Majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat bagi Kursus Kesihatan Keluarga (MDP10702) Tahun 1 Sesi 2016 /2017 telah berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Muara Tuang baru-baru ini.

Melalui program ini, mahasiswa dan mahasiswi yang bakal bergelar doktor beberapa tahun lagi didedahkan dengan cara hidup masyarakat kampung menerusi Program Anak Angkat yang diadakan oleh Jabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Muara Tuang.

Seramai 144 orang mahasiswa dan mahasiswi Tahun 1, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS melalui Kursus Kesihatan Keluarga menyertai program itu bagi membolehkan mereka merasai sendiri pengalaman berharga ini.   

Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan, Yang Berhormat Puan Rubiah binti Haji Wang berharap semua bakal doktor ini dapat menjadikan program sebegini sebagai batu loncatan untuk benar-benar memahami situasi sebenar penduduk kampung sebelum melangkah ke alam pekerjaan apabila menamatkan pengajian nanti.

Beliau berkata, program ini juga boleh menjadi platform untuk mengetengahkan Kampung Muara Tuang di mata masyarakat umum supaya lebih dikenali dan boleh memberi motivasi kepada golongan muda kampung untuk mencontohi mereka yang berjaya.

Selain dari program penyerahan anak angkat yang diadakan  di Dewan Masyarakat Kampung Muara Tuang, terdapat juga aktiviti lain seperti pameran dari Pihak Kesihatan Bahagian Samarahan dan Agensi Antidadah Kebangsaan Sarawak.  

Majlis ini turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UNIMAS, Prof. Dr. Haji Ahmad Hata Rasit, Pensyarah-pensyarah dan kakitangan fakulti perubatan, JKKK Kampung Muara Tuang dan penduduk-penduduk Kampung Muara Tuang

 
Attachment(s):
 
 
Demo