Events Calendar

Download as iCal file
Lahir lebih ramai pakar sains menerusi Scienceploration Camp
Saturday 25 February 2017, 08:00am
Hits : 2410
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
camp_30_20170225_TYCO9566.jpg

camp 31 20170225 TYCO9570

 

Kota Samarahan, 25 Februari 2017: Seramai 120 orang terdiri pelajar lepasan SPM dan pelajar sekolah menengah atas dari sekolah sekitar Kota Samarahan dan Kuching telah mengikuti program Asasi UNIMAS Scienceploration Camp selama dua hari bermula hari ini.
Program ini merupakan anjuran bersama Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU) dengan Fakukti Kejuruteraan (FK) dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK).
Hadir merasmikan program ini ialah Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Prof Dr Sim Kui Hian.
Dalam ucapan Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato' Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang Universiti ini dengan lebih dekat seterusnya memilih Asasi UNIMAS sebagai pilihan pertama untuk pengajian asas mereka kelak.
Beliau berkata, adalah menjadi harapan UNIMAS untuk melahirkan ramai graduan yang bukan sahaja hebat dalam pencapaian akademik tetapi juga aktif dalam membina masyarakat sains yang lebih produktif dan peka dengan perkembangan semasa.
" Kepakaran yang tinggi akan membolehkan lebih banyak kajian dan penyelidikan sainstifik dijalankan serta dapat membantu menghasilkan produk-produk prototaip dalam pelbagai bidang sosial dan ekonomi.
" Oleh itu, saya berharap pelajar dapat memperolehi pengetahuan tentang ilmu asas sains menerusi program ini supaya dapat dianjak ke dalam situasi kehidupan yang sebenar," sambungnya lagi.
Sementara itu, program ini merupakan yang kedua selepas program yang sama diadakan pada tahun lepas.
Antara objektif utama program adalah untuk memupuk minat dalam kalangan pelajar untuk mempelajari subjek sains menerusi taktik dan teknik pembelajaran menarik seperti aktiviti dan eskperimen yang telah dirancang.
Malahan, program ini juga diangkat sebagai salah satu program Jubli Perak UNIMAS tahun ini.
Seramai 40 orang pensyarah Universiti berperanan sebagai fasilitator manakala 14 orang liason officers terdiri dari pelajar pascasiswazah, prasiswazah dan asasi UNIMAS terlibat dalam program ini.


Artikel oleh : Sarena Haidir
Foto oleh : Azlandy M.A.T

UNIMASimage : https://www.flickr.com/gp/unimasimage/50Y9xR

 
Attachment(s):
 
 
Demo