Events Calendar

Download as iCal file
Penyelidik UNIMAS menang pingat dalam SIIF2016
Friday 09 December 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1119
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
SIIFpix.png

Kota Samarahan, 9 Disember 2016 :  Penghujung tahun 2016 membawa tuah kepada para penyelidik UNIMAS apabila lapan daripada sembilan produk penyelidikan memenangi pingat dalam Seoul International Invention Fair (SIIF) 2016, baru-baru ini.

Dalam sidang media petang tadi, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi memberitahu empat produk penyelidikan UNIMAS mendapat pingat emas,  dua pingat perak, satu gangsa dan satu lagi menerima sijil penyertaan.

“ Antara penyelidik yang berjaya mendapat pingat emas dalam SIIF 2016 ialah projek bertajuk ‘Stormpav: A green pavement technology from the aspects of hydrology’ yang diketuai oleh Dr Mah Yau Seng, kedua, Application of coir composite as an alternative structure for kid’s block toys’ yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Saiful Bahari Yusuf, ketiga, ‘ The shape shooter: 3-dimensional teaching aid for autistic children’ diketuai oleh Dr Musdi Shanat dan keempat, ‘ Cyclesense: sensor-based bicycle safety system’ yang diketuai oleh Dr Johari Abdullah,” katanya.

Beliau berkata, manakala projek penyelidikan yang memenangi pingat perak pula bertajuk ‘ Stormpav composite pavement’ yang diketuai oleh Profesor Dr Md Abdul Mannan, ‘Portable Nano-Biosensor for rapid detection and quantification of Japanese encephalitis virus antigen’ yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Chin Suk Fun dan ‘Upper limb rehabilitation’ yang diketuai oleh  Dr Shahrol Mohamaddan.

“ Sementara produk penyelidikan bertajuk ‘ Ezz-vest: vest with rain coat’ yang diketuai oleh Norhayati Suleiman mendapat pingat gangsa dan produk ‘ Lightweight: Eco-friendly pandanus composite’ diketuai oleh Dr Nicholas Kuan Hoo Tien mendapat sijil penyertaan.

Naib Canselor berkata,  UNIMAS merupakan antara universiti tempatan yang mewakili Malaysia untuk menunjukkan kehebatan produk penyelidikan masing-masing di antara 31 buah negara di dunia yang turut serta dalam SIIF 2016.

SIIF 206 merupakan acara tahun anjuran Korean Intelectual Property Office (KIPO) dan Korea Invention Promotion Association (KIPA) dan disokong oleh International Federation of Inventors Associations (IFIA).


Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo