Events Calendar

Download as iCal file
We Care We Spread, usaha murni pelajar UNIMAS
Thursday 08 December 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1637
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
spread1.png

spread2spread3

Kota Samarahan, 8 Disember 2016 : Mahasiswa Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia, Pusat Pembelajaran UNIMAS, Kuala Lumpur telah berjaya menganjur Program UNIMAS : ‘We Care We Spread The Love 2016’  bertempat di Sekolah Pelangi Kasih,  Taman Selayang Baru, Batu Caves baru-baru ini.

Antara objektif penganjuran program berkenaan adalah untuk menceriakan kanak-kanak di sekolah berkenaan terutama melibatkan 70 orang anak anak pelarian Rohingya.

Ia sekaligus membuka peluang kepada pelajar UNIMAS untuk mengajar Bahasa Inggeris dan memotivasikan mereka.

Acara yang di dianjur untuk pertama kali oleh Mahasiswa Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia 2016 di Kampus UNIMAS Kuala Lumpur ialah untuk menyedarkan kepada orang awam mengenai anak anak pelarian Rohingya yang memerlukan perhatian dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.

Sekolah Pelangi Kasih yang ditaja diatas sumbangan pihak awam ini menjadi pusat pembelajaran  kepada anak anak Rohingya yang berumur dari 5 tahun ke 16 tahun.

Anak anak pelarian dari Myanmar ini diajar Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Agama oleh sukarelawan-sukarelawan Malaysia. 

 
Attachment(s):
 
 
Demo