Events Calendar

Download as iCal file
Sepuluh pelajar FK terima anugerah kecemerlangan ZECON
Tuesday 08 November 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1185
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
zecon2016.png

KOTA SAMARAHAN, 7 November 2016 : Sepuluh pelajar bertuah dari Fakulti Kejuruteraan UNIMAS telah menerima Anugerah Kecemerlangan ZECON bertempat di Rumah Universiti, baru-baru ini.

Anugerah Kecemerlangan Zecon adalah salah satu daripada Tanggungjawab Sosial Korporat Zecon (CSR)  dan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan ZECON Berhad Subsidiaries (ZECON Energy & ZECON Fab), Encik Jamel Ibrahim kepada para pelajar berkenaan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim,  Penolong Naib Canselor UNIMAS (Keterlibatan Industri dan Komuniti), Profesor Madya Dr Mohammad Ibrahim Safawi Mohammad Zain dan Dekan Fakulti Kejuruteraan, Profesor Madya Dr Al-Khalid Othman.

Profesor Dr Wan Hashim dalam ucapannya meluahkan rasa penghargaan kepada ZECON Berhad kerana telah menyediakan dana khas anugerah kecemerlangan tersebut kepada pelajar UNIMAS sejak dari tahun 2002 lagi.

Beliau berkata, sumbangan seumpama itu adalah dialu-alukan daripada sektor korporat bagi menghargai pencapaian-pencapaian yang dicapai oleh pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga dalam bidang ko-kurikulum.

“ Penganjuran anugerah ini seumpama menjadi agenda wajib fakulti kejuruteraan pada setiap tahun dan sangat dinanti-nantikan oleh para pelajar. Pelajar yang memenangi anugerah ini akan menerima merit yang bermakna dan ini akan memberi kelebihan dalam pasaran kerja selepas bergraduat,” sambung beliau.

Beliau turut menasihati pelajar yang menerima anugerah tersebut untuk menyimpan tekad tinggi dan bersemangat waja dalam mengejar kecemerlangan kehidupan dan pekerjaan di masa hadapan kelak.

“ Saya berdoa agar saudara saudari sekalian akan terus cemerlang dan berjaya dalam kerjaya dan bidang masing-masing. Jadikanlah kejayaan pada hari ini sebagai langkah permulaan yang positif ke arah membentuk peluang kerjaya yang lebih baik pada masa depan,” katanya lagi.

Sementara itu, seramai dua orang dari setiap program berasingan iaitu dari program kejuruteraan sivil, program kejuruteraan mekanikal dan pembuatan, program kejuruteraan elektronik (telekomunikasi), program kejuruteraan elektronik (komputer) dan program kejuruteraan kimia telah menerima anugerah berkenaan.

Antara pelajar yang  menerima anugerah tersebut ialah Nurul Izzati binti Ahmat @ Ibrahim, Phillip Anak Owen, Stanferd Jenta Anak Sanada, Normala Binti Sateem, Fatimah Al Zahra binti Zulkipli, Philidya Phloria anak Peter, Aushley Lewis anak Linang, Suriyadil Bin Ahmad, Unevist Nisien Anak Tiri dan Amali Bin Mustafa. 

Penerima-penerima anugerah ini merupakan para pelajar yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik di samping aktiviti ko-kurikulum sepanjang pembelajaran mereka di UNIMAS.

Syarikat ZECON Berhad turut mengekalkan sokongan mereka di dalam bidang akademik dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan juga kepada pelajar universiti tempatan yang lain sebagai motivasi untuk para pelajar agar cemerlang semasa di universiti.

Setakat ini, terdapat empat jabatan telah diwujudkan di bawah Fakulti Kejuruteraan bagi peringkat Prasiswazah iaitu Jabatan Kejuruteraan Sivil, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Jabatan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dan Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Sustainabiliti Tenaga.

Pada April 2014, Lembaga Akreditasi Kejuruteraan Malaysia telah memberi pengiktirafan lima tahun untuk dua program iaitu program Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Sivil) dan Sarjana Muda dengan Kepujian (Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan) manakala dua program lain mendapat tiga tahun pengiktirafan iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Elektronik (Telekomunikasi) dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Elektronik (Komputer).

 

 

Sumber Rujukan : www.unimas.my

 
Attachment(s):
 
 
Demo