Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS Menjayakan Kursus Pembangunan Laman Web Untuk Usahawan di Kampung Tanjung Bundung
Thursday 27 October 2016
Hits : 1477
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
KTB03.jpg

KOTA SAMARAHAN, 20 OKTOBER 2016: Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UNIMAS baru-baru ini telah mengadakan kursus pembangunan laman web pada 12 hingga 14 Oktober 2016 bertempat di PI1M Kg. Tanjung Bundung, Kota Samarahan.

Program ICT bagi Komuniti Luar Bandar (ICT4RC) adalah inisiatif FSKTM dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dengan sokongan Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak. Seramai 23 orang peserta terdiri daripada usahawan, surirumah, pegawai kerajaan setempat dan belia kampung telah berjaya menamatkan kursus tiga hari tersebut.

Nurul Fazilah Binti Rendek, pengurus PI1M memuji penganjuran kursus ini. Katanya kandungan modul adalah menarik dan dapat membantu usahawan tempatan untuk mempromosikan produk dan servis bisnes mereka.  Selain dapat memberi pendedahan kepada peserta untuk mengembangkan capaian bisnes mereka melalui laman web, kursus ini juga bertujuan untuk memberi kemahiran asas ICT dan keusahawanan kepada penduduk setempat.

Pensyarah FSKTM,  Puan Nurul Zawiyah Mohamad dan Dr. Mohamad Nazim Jambli beserta pelajar sarjana FSKTM Nor Ras Amierra telah menyumbang kepakaran dan kemahiran mereka untuk menjayakan kursus tersebut. Kursus sebegini akan diteruskan lagi untuk  meningkatkan penglibatan UNIMAS dalam program komuniti terutamanya dengan penduduk luar bandar dan pedalaman.       

 

KTB01   KTB02

 

KTB04

 
Attachment(s):
 
 
Demo