Events Calendar

Download as iCal file
Sepakat gotong royong mengecat di IPPBU
Wednesday 26 October 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1929
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pic 3.jpg

Pic 1pix4

KOTA SAMARAHAN, 26 Oktober 2016 – Bahagian Keselamatan UNIMAS telah mengadakan program gotong-royong mengecat bangunan Ibu Pejabat Polis Bantuan UNIMAS di Kampus Timur, baru-baru ini.

Program tersebut yang pada pukul 9.00 pagi sehingga jam 3.00 petang melibatkan kerja-kerja mengecat dinding bangunan dan sekaligus mempraktikkan amalan 5S di dalam dan luar pejabat. 

Program gotong-royong ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UNIMAS, Professor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Pendaftar UNIMAS, Haji Abu Bakar bin Ibrahim.

Turut membantu program gotong royong ini ialah pelajar tahun satu UNIMAS seramai 41 orang yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Sains Sosial, Dayangku Norasyikin binti Awang Tejuddin.

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mewujudkan suasana seperti keadaan balai polis di tempat lain selain menyemarakkan keindahan dan keceriaan persekitaran IPPBU supaya persekitaran bersih, selamat dan kondusif.

Dengan adanya program gotong-royong ini ianya dapat memupuk rasa tanggungjawab terhadap kebersihan disamping dapat membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan sekaligus melahirkan semangat kekeluargaan dan kekitaan di kalangan warga UNIMAS.

 
Attachment(s):
 
 
Demo