Events Calendar

Download as iCal file
TRIA 2.0 peluang kenali kursus di UNIMAS
Tuesday 18 October 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1832
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
triapix1.png

triapix2

 

KOTA SAMARAHAN, 18 Oktober 2016 : Unit Pembangunan Tenaga Kerja (UPTK), Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bekerjasama menganjurkan Program Kesedaran Latihan dan Industri (TRIA) 2.0 selama dua hari bermula hari ini.

Pelajar dari empat fakulti di UNIMAS terlibat dalam menganjurkan aktiviti sempena TRIA 2.0 ini antaranya Fakulti Kejuruteraan (FK), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK).

Turut dijemput menjayakan program ini adalah pelajar dari pelbagai sekolah di zon selatan seramai 80 orang.

Penolong Naib Canselor (Bahagian Keterlibatan Industri dan Transformasi Komuniti) Prof Madya Dr Mohd. Ibrahim Safawi dalam ucapan perasmian berkata TRIA 2.0 adalah peluang kepada pelajar sekolah memilih kursus-kursus yang ditawarkan di UNIMAS selepas mereka tamat sekolah menengah.

“ Itulah tujuan program ini diadakan iaitu untuk mendedahkan para pelajar mengenai kursus yang kami tawarkan seperti kejuruteraan dan peluang pekerjaan bagi graduan lepasan UNIMAS.

“ Sebagai contoh, saya dapat nyatakan bahawa Kejuruteraan UNIMAS adalah penyumbang dan penggerak dalam menzahirkan jurutera yang berkualiti dan dapat bersaing dalam menghadapi cabaran globalisasi. Untk makluman semua program kejuruteraan yang ditawarkan di UNIMAS telah mendapat pengiktirafan dari Lembaga Kejuruteraan Malaysia,” katanya lagi.

Sementara itu, tujuan program TRIA 2.0 diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran latihan dan industri dalam kalangan pelajar merangkumi sekolah, institusi dan pihak industri.

Objektif program adalah untuk  mencapai, mewujudkan kesedaran dan membangunkan kepentingan dalam TVET & STEM, membiasakan pelajar dengan kursus-kursus yang berkaitan STEM, institusi dan laluan kerjaya yang sesuai dengan keperluan industri di Sarawak dan mendedahkan pelajar kepada industri berkenaan dan peluang-peluang kerjaya yang berbeza yang wujud dalam bidang tertentu.

Selain itu, TRIA 2.0 juga dilihat sebagai mentor, memberi inspirasi dan memberi kuasa kepada pelajar untuk membuat keputusan yang lebih bermaklumat mengenai latihan pasca PT3 dan pendidikan dan terakhir serta sebagai menyokong institusi rakan kongsi dalam usaha pengambilan dan promosi.

 
Attachment(s):
 
 
Demo