Events Calendar

Download as iCal file
Usahawan di Igan, Mukah Puji Penganjuran Bengkel Animasi
Wednesday 12 October 2016
Hits : 1396
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Igan01.jpg

Igan, Mukah 10 Okt - Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Unimas menganjurkan bengkel animasi bagi usahawan baru-baru ini. 19 usahawan tempatan berjaya menamatkan bengkel yang diadakan pada 4 hingga 7 Oktober itu.


Nurul Amirah Affendi, pengurus Pusat Internet 1Malaysia Igan memuji penganjuran bengkel itu Katanya kandungan bengkel adalah menarik dan  dapat membantu usahawan tempatan mempromosikan produk.


Pensyarah program Pengkomputeran Multimedia, Syahrul Nizam Junaini dan Jonathan Sidi sebagai fasilitator kursus, mengerah keringat mendekati penduduk luar bandar. Mereka membimbing usahawan Igan menguasai teknik menghasilkan bahan promosi produk dalam bentuk animasi.


Dalam pada itu, pemilik Dayang Enterprise, Hamsiah Abg Salus, 54 teruja dengan sesi bengkel yang bersifat santai. Katanya ia memudahkannya memahami kandungan bengkel. Harapannya bengkel sebegitu diadakan lagi pada masa hadapan.


Mohd Aswad Ahmad, 22, usahawan kraftangan dan hiasan pelamin turut memuji Unimas. Ujarnya sebagai usahawan kecil, kursus ini mendedahkannya dengan teknik pengiklanan melalui animasi yang bersifat komersil.


Bengkel itu berjaya meningkatkan kesedaran usahawan luar bandar tentang kepentingan ICT dalam mempromosi perniagaan. Ia juga dapat mengangkat jenama Unimas di kawasan persisiran tengah Sarawak.


Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan dan hadiah kepada animasi terbaik.

 

Igan02   Igan03

 
Attachment(s):
 
 
Demo