Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Perasmian ‘Engineering Week 2016’
Wednesday 12 October 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2071
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
perasmian1.jpg

Kota Samarahan - Majlis Perasmian ‘Engineering Week 2016’ telah berlangsung pada 11 September 2016 bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengahari bertempat di Laluan Ilmu, Fakulti Kejuruteraan UNIMAS. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Keterlibatan Industri dan Komuniti Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS,YBhg Prof Madya Dr Hushairi Zen. Seramai 150 orang telah hadir untuk memeriahkan majlis tersebut, termasuk 40 orang murid dan tiga (3) orang guru pengiring dari SK Kampung Melayu yang merupakan sekolah angkat IEM-SAFE UNIMAS.

Engineering Week 2016 merupakan acara tahunan dan program terbesar di Fakulti Kejuruteraan UNIMAS yang dianjurkan oleh IEM-SAFE UNIMAS student section. Bertemakan ‘Engineering Modernise The World’, program ini akan berlangsung bermula pada 8 hingga 16 Oktober 2016 dan terdapat pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang minggu tersebut. Dengan adanya program ini, pihak penganjur berharap agar aktiviti yang dijalankan dapat memberi sedikit sebanyak impak positif kepada pelajar UNIMAS khususnya pelajar Fakulti Kejuruteraan.

 

Perasmian3                  perasmian2

 
Attachment(s):
 
 
Demo