Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS Menjayakan Kursus ICT dan Keusahawanan Di Pekan Dalat
Tuesday 04 October 2016
Hits : 1612
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Dalat02.jpg

DALAT, 30 SEPTEMBER 2016: UNIMAS melalui Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) telah mengadakan kursus asas pembangunan laman web pada 27 hingga 30 September 2016 bertempat di PI1M Pekan Dalat, Mukah.

Program ICT bagi Komuniti Luar Bandar (ICT4RC) adalah inisiatif FSKTM dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC). Ia mendapat sokongan Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak. Seramai 16 orang peserta terdiri daripada usahawan, surirumah, pegawai setempat dan belia kampung menghadiri kursus ini. Kebanyakan peserta adalah usahawan dan belia tempatan yang berminat untuk mengembangkan capaian bisnes mereka melalui platform sesawang ‘Weebly’. Disamping itu, kursus ini bertujuan untuk memberi kemahiran asas ICT dan keusahawanan kepada penduduk setempat.

Pensyarah FSKTM,  Dr. Mohamad Nazim Jambli beserta pelajar sarjana FSKTM, Winny Kaduka dan Khairunnisa Ibrahim telah menyumbang kepakaran dan kemahiran mereka untuk menjayakan kursus tersebut. Kursus sebegini akan diteruskan lagi untuk  meningkatkan penglibatan UNIMAS dalam program komuniti terutamanya dengan penduduk luar bandar dan pedalaman.

 

 

Dalat01

 
Attachment(s):
 
 
Demo