Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS Kongsi Kepakaran ICT dengan Usahawan di Kampung Baru Hilir
Monday 26 September 2016
Hits : 2028
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
SAKH1.jpg

SRI AMAN, 23 SEPTEMBER 2016-UNIMAS melalui Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) telah mengadakan kursus asas pembangunan laman web menggunakan 'Weebly' pada 20 hingga 23 September 2016 bertempat di PI1M Kampung Baru Hilir, Sri Aman.

Program ICT bagi Komuniti Luar Bandar (ICT4RC) adalah inisiatif FSKTM dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC). Ia mendapat sokongan Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak.

Seramai lebih 20 orang peserta terdiri daripada usahawan, surirumah dan belia kampung menghadiri kursus selama empat hari ini. Kebanyakan peserta adalah usahawan dan belia tempatan yang berminat untuk mengembangkan capaian bisnes mereka. Disamping itu kursus ini bertujuan untuk memberi kemahiran asas ICT dan keusahawanan kepada penduduk setempat.

Pensyarah program Kejuruteraan Perisian dan Pengkomputeran Rangkaian FSKTM, Norfadzlan Yusup dan  Dr. Mohamad Nazim Jambli  menyumbang kepakaran sebagai pembimbing kursus dengan dibantu oleh pelajar sarjana FSKTM, Winny Kaduka.

Kursus sebegini akan diteruskan lagi untuk meningkatkan visibiliti UNIMAS terutama dalam kalangan penduduk luar bandar dan pedalaman.

SAKH2  SAKH3

 
Attachment(s):
 
 
Demo