Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS Bawa Manfaat Kepada Usahawan di Kabong
Friday 23 September 2016
Hits : 1582
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kabong2.jpg

Kabong 21 Sept – Unimas melalui Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat FSKTM mengadakan kursus Video bagi Usahawan baru-baru ini. Kabong terletak kira-kira 350 km dari Bandaraya Kuching.

Seramai 11 usahawan perusahaan kecil dan sederhana PKS menyertai kursus yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia PI1M.

Liliyana Ismail, Pengurus PI1M Kabong berkata program itu membawa manfaat terutama bagi menambah pengetahuan usahawan luar bandar terutama di Kabong.

Melalui kursus ini para usahawan tempatan dapat menguasai ilmu baharu menghasilkan video promosi produk. Kami sebagai tuan rumah bertuah dengan kehadiran Unimas katanya di sini.

Kursus empat hari itu berjaya membantu peserta menghasilkan video promosi produk masing-masing.

Pensyarah program Pengkomputeran Multimedia FSKTM Syahrul Nizam Junaini dan Jonathan Sidi menyumbang kepakaran sebagai pembimbing kursus.

Sementara itu peserta bengkel Haziq Hamizan Narawi berkata Dengan adanya kursus sebegini saya dapat belajar teknik profesional menghasilkan video produk ujarnya.

Usahawan kek dan biskut Norfazila Muhie pula melahirkan rasa gembira kerana video produk yang dihasilkan melalui kursus ini dapat meluaskan pasarannya.

Program ICT bagi Komuniti Luar Bandar ICT4RC adalah inisiatif FSKTM dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti UCTC. Ia mendapat sokongan Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak.

Kursus sebegini dapat meningkatkan visibiliti UNIMAS terutama dalam kalangan penduduk luar bandar dan pedalaman.

 

Kabong1  Kabong3

 
Attachment(s):
 
 
Demo