Events Calendar

Download as iCal file
Doa buat BAYU, bantu promosi negara di mata dunia
Friday 23 September 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2218
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
270.jpg

 

373IMG 1897

KOTA SAMARAHAN, 23 September 2016 : Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Prosefor Mohd Fadzil Abdul Rahman meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Kumpulan tari Badan Budaya UNIMAS (BAYU) yang akan mewakili negara Malaysia ke pertandingan Tarian Sedunia Cheonan di Korea pada hujung bulan ini.

Sambil mendoakan kejayaan kumpulan BAYU, beliau turut berharap agar kepulangan kumpulan itu kelak beserta dengan kemenangan untuk negara.

Profesor Mohd Fadzil berkata, penyertaan BAYU akan membantu memperkenalkan warisan dan kebudayaan negara kepada masyarakat luar negara.

Katanya, ini sekaligus akan menyuntik ekonomi kepada negara menerusi eko-pelancongan.

Dalam pada itu, Pengurus Kumpulan BAYU, Encik Noor Azrul berkata, kumpulan mereka akan bertolak ke Korea pada 26 September kelak untuk menyertai empat kategori iaitu Gala Show, tarian berpasangan, perarakan jalan raya dan tarian solo.

“ Kita berharap dapat menang kategori yang dipertandingkan untuk dihadiahkan kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa ditemui pada majlis Pra-tonton persembahaan BAYU malam kelmarin.

Beliau berkata, BAYU akan diwakili oleh 13 orang pelajar dan 13 pemuzik dan vokal.

Sementara itu, salah seorang penari kumpulan BAYU, Hishammudin Masri berkata, penyertaan beliau kali ini adalah kali ketiga buatnya.

Beliau berkata, sebagai seorang pelajar, beliau harus bijak membahagikan masa antara tarian dan pelajaran.

“ Sebagai seorang pelajar, membahagi masa antara pelajaran dan aktiviti riadah adalah penting. Saya juga berharap penyertaan kami kali ini akan membuahkan hasil serta mengangkat warisan dan budaya negara ini lebih tinggi lagi,” sambungnya.

Artikel oleh :   Amanda Mikeng dan Brenika Tawi

                      (Pelajar latihan Industri UiTM)

 
Attachment(s):
 
 
Demo