Events Calendar

Download as iCal file
Universiti Utsunomiya pilih UNIMAS
Tuesday 30 August 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2210
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
IMG-20160830-WA0011.png

 

IMG 20160830 WA0012

KOTA SAMARAHAN, 30 Ogos 2016 :   UNIMAS menjadi universiti pertama di Malaysia yang menjadi pilihan Universiti Utsunomiya dari Jepun, untuk mengadakan kerjasama dalam pelbagai perkara antaranya program perkongsian ilmu dan program pertukaran pelajar.

Profesor Ekologi Perhutanan dari Universiti Utsunomiya, Encik Tatsuhiro Ohkubo berkata pemilihan tersebut berdasarkan beberapa perkara iaitu penyediaan kursus pembelajaran di UNIMAS yang menarik, tenaga pengajar berkemahiran tinggi dan pelajar UNIMAS yang berkebolehan.

“ Oleh kerana itu, kita datang ke sini (UNIMAS) untuk berbincang tentang perjanjian persefahaman yang mungkin boleh dimenterai untuk beberapa perkara seperti pertukaran pelajar, program latihan bersama dan sebagainya,” katanya.

Beliau sebelum itu telah mengadakan pertemuan sekejap bersama dengan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim sebelum meneruskan mesyuarat bersama dengan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa UNIMAS, Profesor Madya Dr Soubakeavathi Rethinasamy, Profesor Dr Hamsawi Sani dan Dr Mohd Effendi Wasli dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) UNIMAS.

Sementara itu, Profesor Dr Wan Ibrahim mengucapkan terima-kasih kepada rombongan dari Universiti Utsunomiya, Jepun, kerana memilih untuk bekerjasama dengan universiti ini.

Menurut beliau, adalah menjadi harapan UNIMAS untuk memperbanyakkan kerjasama dengan pihak luar terutama dari luar negara dalam apa juga bidang berkaitan untuk manfaat bersama.

Beliau berkata, menerusi kerjasama dengan pihak luar, ia akan membantu mengangkat visibiliti UNIMAS ke mata dunia sekaligus meningkatkan kemahiran pelajar universiti masing-masing.

 
Attachment(s):
 
 
Demo