Events Calendar

Download as iCal file
Sekretariat Pencegahan Rasuah UNIMAS rangkul tempat kedua
Tuesday 30 August 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2497
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
IMG-20160815-WA0009.png

KOTA SAMARAHAN, 30 Ogos 2016 : Tahniah diucapkan kepada Sekretariat Pencegahan Rasuah UNIMAS atas kejayaan mereka merangkul anugerah di tempat kedua dalam  Majlis Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah Kali Ke-6, baru-baru ini.

Majlis tersebut berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 8 Ogos lepas bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dalam konvensyen tersebut yang bertemakan ‘ Mahasiswa Pencetus Gelombang Transformasi Belia Berintegriti, UNIMAS berada di kedudukan tengah di antara   Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berada di tangga pertama dan tempat ketiga, UIAM, bagi kategori Universiti Awam (UA).

Sekretariat Pencegahan Rasuah  UNIMAS di bawah naungan Ketua Sekretariat, Sia Ka Hiong dan Puan Korina bt Colony sebagai Penyelaras SPR UNIMAS.

Pemilihan pemenang anugerah berdasarkan kepada keaktifan sekretariat dalam membantu kerajaan menangani gejala rasuah dalam kalangan masyarakat dan pelajar terutamanya menerusi aktiviti-aktiviti yang dikelolakan di universiti masing-masing.

Hadir menyampaikan anugerah berkenaan ialah Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Dato’Haji Razali Ibrahim.

 
Attachment(s):
 
 
Demo