Events Calendar

Download as iCal file
Hari Komuniti LO bukti keprihatinan
Thursday 25 August 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3591
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
komuniti3.png

komuniti 19 20160824 MG 2013komuniti 48 20160824 MG 2042komuniti2 MG 2075

KOTA SAMARAHAN, 25 Ogos 2016 : Sekumpulan pelajar UNIMAS yang juga ‘Liaison Officer’ 2016 mengambil langkah prihatin dengan mengadakan hari komuniti bersama warga tua di Rumah Seri Kenangan, kelmarin.

Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang hari komuniti tersebut yang bersempena dengan kursus induksi ‘Liaison Officer’ 2016  melibatkan seramai 280 LO dan persediaan para LO terlibat dalam kedatangan pelajar baharu ambil september 2016/2017 nanti.

Hadir untuk merasmikan penutupan kursus berkenaan ialah Ahli Parlimen Kota Samarahan, Puan Rubiah binti Haji Wang.

Dalam ucapan ringkas, Puan Rubiah memuji usaha yang ditunjukkan oleh para LO UNIMAS  serta boleh dijadikan contoh baik kepada penuntut IPTA dan IPTS lain.

Katanya, perlindungan kepada masyarakat yang memerlukan terutama warga tua, anak yatim dan sebagainya, adalah tanggungjawab semua pihak.

“ Saya amat berbangga melihat usaha sebegini dilakukan oleh orang-orang muda. Kita berharap agar usaha sebegini dijadikan ikutan dan UNIMAS akan meneruskan program sebegini pada masa akan datang.

Kelmarin, peserta kursus LO tersebut dibahagi-bahagi kepada beberapa kumpulan untuk mengadakan program sama ke beberapa tempat antaranya Tadika Bina Hikmah, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Terencal Akal, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti PIBAKAT 2, Persatuan Disleksia Kuching, Pusat Pemulihan Samarahan dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Samarahan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo