Events Calendar

Download as iCal file
Ngabang Raya UNIMAS eratkan ukhuwah warga universiti
Tuesday 19 July 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2480
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ngabangpix1.jpg

ngabang2ngabang3

KOTA SAMARAHAN, 19 Julai 2016: Lebih satu ribu orang mengunjungi rumah terbuka UNIMAS dalam majlis Ngabang Raya UNIMAS 2016 yang diadakan pada pagi tadi bertempat di ruang legar Arena Gemilang DeTAR PUTRA, UNIMAS.

Majlis Ngabang Raya UNIMAS 2016 merupakan acara universiti yang diadakan bagi meraikan gabungan dua perayaan iaitu sambutan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri dngan bertemakan ‘Lan Berjarah’ yang berkonsepkan Bahagian-bahagian di Sarawak antaranya Miri, Limbang, Lawas, Kuching dan sebagainya. 

Sebanyak 15 gabungan Pusat Tanggungjawab di UNIMAS berusaha keras untuk menghiasi dan  menyediakan juadah di kediaman masing-masing mengikut bahagian-bahagian di Sarawak.

Hadir sebagai tetamu kehormat pada sambutan Aidilfitri UNIMAS tahun ini ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pertandingan karaoke dan pertandingan kediaman tercantik dan bersih.

Dalam ucapan, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata kemeriahan sambutan itu menjadi landasan buat warga UNIMAS untuk  mengeratkan silaturrahim tanpa mengira pangkat dan jawatan agar semangat kekeluargaan dan perpaduan.

“Sambutan Ngabang Raya UNIMAS 2016 ini juga merupakan satu  kesempatan terbaik sekali untuk kita saling melupakan semua perselisihan dan persengketaan, seterusnya mengukuhkan kerjasama sesama kita.

Oleh itu, marilah kita memanfaatkan hari perayaan sebegini untuk memulihkan dan memperbaiki hubungan yang telah dingin dan retak sesama kita. Bak kata pepatah ‘Buang yang keruh ambillah yang jernih”, katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis sambutan Aidilfitri hari ini ialah Pro Canselor UNIMAS,  Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Datu Dr Hatta Solhi serta isteri.


Artikel oleh : Olivia Ajan

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo