Events Calendar

Download as iCal file
Krusi PUSAKA, bantu lahirkan ‘Young Designer’ UNIMAS
Monday 18 July 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2340
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
pusakapix.jpg

KOTA SAMARAHAN, 18 Julai 2016 :  Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan memberitahu UNIMAS boleh menjadi antara penyumbang kepada pendapatan tinggi bagi pasaran eksport dalam industri perkayuan.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Kursi PUSAKA di antara UNIMAS dan PUSAKA hari ini.

Beliau menambah MoA berkenaan selaras dengan usaha kerajaan untuk mentransformasikan industri perkayuan di Sarawak.

Katanya, Kursi PUSAKA merupakan dana penyelidikan dan pembangunan produk perabot berasaskan kayu dan menerusi dana penyelidikan ini, PUSAKA dapat menggunakan kapasiti intelektual dari UNIMAS untuk menggiatkan kepelbagaian penghasilan reka bentuk perabot untuk pasaran komersial di peringkat antarabangsa.

Tambah beliau, usaha tersebut juga dapat melahirkan pereka-pereka muda atau ‘Young Designer’ dalam kalangan pelajar universiti tempatan.

“ Kita berharap kolaborasi PUSAKA-UNIMAS ini akan menghasilkan jenama tempatan dari Sarawak yang berdaya saing di pasaran eksport pada masa akan datang,” katanya.

Datuk Amar Haji Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak berkata, pada masa ini nilai eksport kayu dan barangan kayu berjumlah RM7.2 bilion setahun di mana daripada jumlah itu, hanya RM20 juta nilai eskport dari Sarawak.

Oleh demikian, katanya, MoA ini adalah tepat dengan usaha kerajaan untuk melihat lebih banyak penyertaan institusi pengajian tinggi terlibat secara langsung dengan pihak industri dalam membantu meningkatkan daya pengeluaran dan saingan tempatan di pasaran global.

Beliau menambah, kolaborasi ini juga akan meningkatkan nilai sumber semula jadi tempatan, memberi latihan kepada vendor dan pengusaha industri perabot tempatan dan memberi manfaat kepada PUSAKA dan UNIMAS sendiri.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo