Events Calendar

Download as iCal file
Program Kasih Ramadan dan bubur lambuk, erat ukhuwah warga UNIMAS
Friday 01 July 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2476
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
pix31.jpg

 

pix32pix33pix34

KOTA SAMARAHAN, 1 Julai 2016 : Sebanyak lapan ratus bekas berisi bubur lambuk telah dimasak dan seterusnya diagih-agihkan kepada warga UNIMAS, di hadapan bangunan Canselori kelmarin.

Pengagihan bubur lambuk tersebut merupakan aktiviti tahunan Pejabat Pendaftar UNIMAS dan merupakan sumbangan dari Bank Rakyat dan Agrobank.

Turut diadakan sempena dengan majlis tersebut ialah penyerahan barangan keperluan dipanggil ‘ Kasih Ramadhan’ kepada enam belas penerima dari keluarga kurang berkemampuan sekitar Kota Samarahan.

Pengagihan bubur lambuk dan penyerahan barangan keperluan tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Antara barangan dapur yang diserahkan ialah beras, susu, biskut, kopi, teh, gula, air kordial, gula dan minyak masak. Diharap dengan sumbangan tersebut, ia mampu membantu isi rumah yang memerlukan dengan makanan dan barangan keperluan dalam semangat Ramadhan.

Menurut Pendaftar UNIMAS, Hj Abu Bakar Ibrahim, “Program Kasih Ramadhan dan Bubur Lambuk Pejabat Pendaftar UNIMAS adalah sebahagian daripada program tanggungjawab korporat Pejabat Pendaftar untuk berbakti kepada komuniti dan menambahkan keseronokan dalam meraikan sambutan istimewa bulan Ramadhan.

Selain itu, program berkenaan lihat dapat mengeratkan silaturahim dan kerjasama dalam kalangan warga UNIMAS dan masyarakat luar.

 
Attachment(s):
 
 
Demo