Events Calendar

Download as iCal file
Zaifri Husin Berkongsi Ilmu Seni Persembahan Meyerhold
Tuesday 07 June 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 469
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ZAIFRI HUSIN... Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Cawangan Sarawak

Oleh: Mohamad Shahiman Firdaus Mohd Latif, Nina Nashrah Abd Jalal

Gambar oleh: Mohd Noor Ariffin Jaafar, Mohamad Zohwan Sappian

 

Kota Samarahan, 13 Mei: Seramai 60 orang pelajar Program Drama dan Teater, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyertai seminar dan bengkel anjuran pelajar Tahun 3, Program Drama dan Teater, Jabatan Seni Persembahan dan Teknologi Produksi yang dianjurkan selama sehari di Auditorium, Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA), UNIMAS.

            Seminar yang diadakan ini merupakan salah satu kursus wajib yang diambil oleh pelajar Tahun 3 Program Drama dan Teater iaitu GKD3154 Seminar Drama dan Teater yang menguji kemampuan pelajar bekerja secara professional merancang dan penglibatan dalam perbicangan secara intelektual mengenai drama dan teater.

Bertepatan dengan objektif penganjuran seminar drama dan teater kali ini, Zaifri Husin, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Cawangan Sarawak telah diundang bagi berkongsi ilmu seni persembahan dalam drama dan teater melalui pengalaman dan penglibatan beliau dalam produksi teater teater kanak-kanak serta ilmu Biomechanics oleh Meyerhold yang diperoleh beliau diRussian Federation Theatre Arts Academy of Moscow, Rusia.

            Biomechanics adalah satu pendekatan sistem latihan bagi pelakon dicetuskan oleh Vsevolod Emilovich Meyerhold (1874-1940) yang bertujuannya bagi meluaskan potensi emosi dalam teater dan mengekspresikan pemikiran serta idea yang tidak mudah dipersembahkan dalam teater bersifat naturalistic.

Kejayaan Meyerhold dengan biomechanics memainkan peranan besar dalam memperkenalkan latihan fizikal ke dalam kurikulum setiap sekolah drama era Soviet.

            “Saya lebih gemar para pelakon bawah arahan saya untuk melakukan beberapa homework terlebih dahulu sebelum melakukan latihan pementasan secara penuh dilakukan kerana mereka harus tahu bagaimana hendak menggunakan pergerakan yang betul agar dapat memberikan lontaran suara yang mantap” kata Zaifri Husin sewaktu ditanya cara pengarahan beliau.

Menurut Zaifri Husin lagi, beliau juga mementingkan pocket rehearsal bagi para pelakon yang mempunyai kekangan masa dalam melakukan latihan bersama pelakon lain kerana baginya tiada pengecualian untuk tidak mengikuti latihan malahan pocket rehearsal sebagai salah satu cara meningkatkan keyakinan dan mampu memperbaiki kelemahan untuk menjadi pelakon yang terbaik.

               

Anak jati kelahiran Muar, Johor ini memperoleh Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dalam Perfileman, Teleisyen dan Seni Persembahan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang serta Ijazah Sarjana Pengarahan Teater dari Universiti Middlesex, United Kingdom.

Apabila ditanya pementasan teater apakah ingin beliau pentaskan di bumi kenyalang ini, beliau berhasrat untuk mementaskan Di Mana Setangginya namun memerlukan komitmen yang tinggi untuk menjayakannya.

            Antara pementasan teater hasil pengarahan beliau adalah Di Mana Setangginya (2009), Ali Baba (2010), bangsawan Chelorong Cheloreng (2012), Upin Ipin (2012), Warga Rimba (2012), Bawang Putih Bawang Merah, Taman Baginda, Belalang Kenit, Sarah, dan Gamat (2009).

Beliau sendiri turut berlakon dalam pementasan teater antaranya Assyura, Lantai T. Pinkie, Puteri Gunung Ledang, Megat Terawis, Tiang Seri Tegak Berlima, Nyonya, Rubiah dan Selendang Umi.

 

WhatsApp Image 20160515 2

PENGHARGAAN... Zaifri Husin menandatangani poster Seminar Drama dan Teater yang dianjurkan oleh pelajar Tahun 3 Program Drama dan Teater

 

WhatsApp Image 20160515 3

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KENANGAN... Zaifri Husin bersama Syarafina Abdullah bergambar bersama peserta selepas tamat seminar

 

WhatsApp Image 20160515

BARISAN PENGANJUR... Sekumpulan pelajar Tahun 3 Program Drama dan Teater yang menganjurkan seminar ini merakamkan gambar kenangan bersama Zaifri Husin (Kemeja Kundang).

WhatsApp Image 20160515 1

PERGERAKAN MEYERHOLDZaifri Husin (memegang mikrofon) menunjukan teknik pergerakan hasil teori Meyerhold atau juga dikenali sebagai ‘Biomechanics’ yang diperoleh beliau di Rusia kepada peserta yang terlibat

Zaifri Bin Husin SARAWAK

ZAIFRI HUSIN... Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Cawangan Sarawak

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo