Events Calendar

Download as iCal file
PROGRAM LATIHAN ICT & KEUSAHAWANAN DI LUAR BANDAR, SARAWAK (ICT4RC 2016)
From Friday 27 May 2016 -  08:00am
To Tuesday 31 May 2016 - 05:00pm
Hits : 1737
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
BIU.png

          Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Kementerian Luar Bandar, Sarawak sedang melaksanakan projek dan program latihan ICT dan Keusahawanan untuk kawasan luar bandar di negeri Sarawak bermula bulan April sehingga November 2016.          

            Program ini bertujuan memberi kemahiran asas ICT dan keusahawanan kepada penduduk luar bandar termasuk pelajar sekolah, remaja, peniaga, penternak, peladang, nelayan, ahli jawatankuasa kampung dan kaum ibu. Bengkel ini diharap akan dapat membantu kumpulan sasaran ini untuk menggunakan kemahiran ICT untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Selain itu, program ini akan memberi kesedaran, perubahan minda dan sikap tentang kepentingan ICT dalam meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi mereka.

            Berdasarkan persetujuan dengan pihak Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di lokasi latihan akan diadakan, adalah dimaklumkan bahawa untuk bulan Mei, empat program latihan telah diadakan di PI1M Song, PI1M Lundu, PI1M Kampung Pandan dan di PI1M Sadong Jaya, Kota Samarahan seperti di dalam jadual di bawah.

 

Tarikh Lokasi Daerah / Bahagian Module
10 – 13 Mei 2016 PI1M Lundu Lundu, Kuching M5: Videografi & Keusahawanan
12 – 15 Mei 2016 PI1M Song Song, Kapit M1: MS Office & Keusahawanan
17 – 20 Mei 2016 PI1M Kampung Pandan Lundu, Kuching M4: Animasi & Keusahawanan
23 – 26 Mei 2016 PI1M Sadong Jaya Sadong Jaya, Kota Samarahan M1: MS Office & Keusahawanan

 

                                                                   
 Pm1Lundu                                                 

Program Latihan ICT @ PI1M Lundu, Kuching              

                                                        
                                 
  pm1sadong

Program Latihan ICT @ PI1M Sadong Jaya, Samarahan

 

 

pm1song

Program Latihan ICT @ PI1M Song, Kapit

 

 

pm3lundu                

 

Program Latihan ICT @ PI1M Kampung Pandan, Lundu

 
Attachment(s):
 
 
Demo