Events Calendar

Download as iCal file
SM 1JPJ lahirkan pelajar UNIMAS yang holistik
Thursday 26 May 2016, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1647
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
pix1.png

KOTA SAMARAHAN, 26 Mei 2016 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terpilih sebagai universiti awam ketiga di Malaysia untuk penubuhan Kelab Skuad Muda (SM) 1JPJ selepas Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Malaya.

Pelancaran Kelab SM 1JPJ UNIMAS itu telah dilancarkan kelmarin oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad bertempat di Panggung Gemilang, UNIMAS.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, penubuhan SM 1JPJ adalah baik kerana ia boleh meningkatkan nilai tambah universiti ini.

“ Ini adalah perkara yang baik dan amat dialu-alukan kerana kita tahu pendekatan badan-badan beruniform seperti ini berteraskan kesukarelaan, keselamatan warga universiti, perpaduan dan sebagainya,” katanya lagi,

Beliau berkata, malahan ia juga membantu universiti ini melahirkan pelajar yang holistik yakni mempunyai pelbagai bentuk kemahiran dan pengalaman.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo